5 Jun 2013

PIAGAM PELANGGAN KRAFTANGAN MALAYSIA





Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia melalui Akta Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Tahun 1979, Akta 222 dan Akta A562 (Pindaan) Tahun 1983 dipertanggungjawabkan bagi membangunkan industri kraf di Malaysia. Oleh itu pelanggan utama Kraftangan Malaysia disasarkan kepada usahawan kraf. Sehubungan dengan itu, kami warga Kraftangan Malaysia berjanji untuk:
  • Menyediakan 3,000 rekaan produk baru setahun.
  • Menyediakan program promosi di peringkat domestik dan antarabangsa sebanyak 150 kali setahun.
  • Menyediakan tenaga terlatih baru seramai 50 orang di peringkat Sijil dan 100 orang di peringkat Diploma setahun.
  • Mengadakan latihan kemahiran kraf jangka pendek kepada 1,000 orang tenaga kerja setahun.
  • Mengeluarkan perakuan penerimaan aduan awam dalam tempoh 24 jam dan memberi jawapan maklum balas dalam tempoh 72 jam hari bekerja.
  • Menjelaskan tuntutan pembayaran dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen tuntutan yang lengkap.
  • Memberi maklum balas kepada permohonan insentif usahawan dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.
* telah dikemaskini dan berkuatkuasa pada bulan April 2013

TAHNIAH YBHG. DATUK DR ONG HONG PENG, KSU KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN

                                                    

Saya dan semua warga Kraftangan Malaysia ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dato' Dr Ong Hong Peng, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia yang telah dianugerahkan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) sempena ulang tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 1 Jun 2013 dan membawa gelaran 'Datuk'. Tahniah sekali lagi diucapkan.


29 Mei 2013

SELAMAT DATANG YB DATO' SERI MOHAMED NAZRI BIN TAN SRI ABDUL AZIZ

                                           

Selamat datang kepada YB Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abdul Aziz ke Kementerian  Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Saya bagi pihak semua warga kerja Kraftangan Malaysia mengalu-alukan kedatangan YB Dato' untuk menerajui Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Tahniah dan syabas diucapkan. Selamat berjaya dan bertugas di kementerian baru.