3 Jan 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014



Selamat Tinggal 2013 dan Selamat Datang 2014.

Semoga tahun 2014 ini juga menyaksikan lebih banyak kemajuan dan peningkatan dalam memartabatkan industri kraf tempatan. Sokongan dan kerjasama amat diperlukan dari anggota kerja bagi memantapkan pentadbiran dan pengurusan Kraftangan Malaysia.

Semoga Tahun baru ini kita semua mendapat lebih kerberkatan dan dilimpahi rezeki serta kesihatan yang baik dari Ilahi serta mendapat kejayaan yang cemerlang pada tahun ini. Amin.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua warja Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta semua warga Malaysia dan khususnya anggota kerja Kraftangan Malaysia.


Semoga semua azam tahun 2014 akan tercapai dengan jayanya. Insya Allah...

5 Dis 2013

PROMOSI KRAF MALAYSIA DI PLAZA ANGSANA MALL JB



Kraftangan Malaysia akan mengadakan Promosi Kraf Malaysia di Plaza Angsana Mall, Johor Bahru yang akan bermula pada 13 hingga 25 Disember 2013 jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Pelbagai aktiviti menarik menanti anda sepanjang promosi ini antaranya ialah jualan produk kraf, pameran kraf, demonstrasi, persembahan kesenian dan lain-lain lagi. Semua dijemput hadir untuk memeriahkan lagi promosi ini. Masuk adalah percuma!!!

BANJIR DI NEGERI PAHANG

Keadaan Banjir Pejabat Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada seluruh penduduk di Negeri Pahang yang telah dilanda banjir termasuk pejabat Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang. Bersama-samalah kita berdoa agar keadaan kembali pulih seperti sediakala. In shaa Allah...