10 Jul 2012

AL-FATIHAH



Al-Fatihah buat Tokoh budaya, Allahyarham Saharifah Azah Mohamed Alsagoff atau lebih dikenali sebagai Azah Aziz, isteri kepada Profesor Diraja Ungku Aziz dan ibu kepada Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, yang meninggal dunia pada 9 Julai 2012, Isnin bersamaan 19 Sya'aban 1433H. 

Menurut seorang anggota keluarga terdekat, Azah, 84, meninggal dunia kerana sakit tua dan angin ahmar kira-kira jam 10 pagi. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. 

"Kegigihan beliau dalam memartabatkan budaya dan kesenian akan dikenang oleh masyarakat," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sumber : BERNAMA


Tiada ulasan: