20 Jul 2012

TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH SEMPENA PERHIMPUNAN BULANAN KRAFTANGAN MALAYSIA BAGI BULAN JULAI 2012

TEKS UCAPAN
KETUA PENGARAH
DI PERHIMPUNAN BULANAN JULAI 2012
  
TARIKH
20 JULAI 2012
(JUMAAT)
  
JAM
8.15 PAGI

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM

TERIMA KASIH SAUDARI PENGERUSI MAJLIS

YANG BERUSAHA
ENCIK RAMLI MOHD NOOR
TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI)

TUAN HAJI SHAHRUDIN MOHD NOR
TIMBALAN KETUA PENGARAH (PEMBANGUNAN)

PENGARAH-PENGARAH BAHAGIAN

PENGARAH INSTITUT KRAF NEGARA

PENGURUS BESAR KARYANEKA SDN. BHD

PENGURUS KRAF HOLDING SDN. BHD.

DAN WARGA KRAFTANGAN SEMUA

ASSALAMUALAIKUM  WARAHMATULLAHI WABARAKATUH SALAM SEJAHTERA DAN  SALAM SATU MALAYSIA

1.  SYUKUR ALHAMDULILLAH SYUKUR KE HADRAT ALLAH SUBHANAHUWATAALA YANG MEMPERTEMUKAN KITA PADA PAGI INI UNTUK PERHIMPUNAN KALI KELIMA  BAGI TAHUN 2012 DAN SEKALI GUS MENYAMBUT BULAN KEMERDEKAAN YANG KE-55 DIMANA MAJLIS PELANCARAN JALUR GEMILANG 2012 TELAH DILANCARKAN PADA 17 JULAI YANG LALU DI TIGA TEMPAT IAITU DI LITTLE INDIA, BRICKFIELDS, KAMPUNG BARU DAN PETALING STREET. 

2.   DI SINI SAYA MENGAMBIL KESEMPATAN MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA WARGA KERJA YANG MENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG UNTUK TAHUN 2011 DAN MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH TERSEBUT TELAH DIADAKAN PADA 19 JULAI 2012 DI ISTANA BUDAYA.

3.   TAHNIAH JUGA KEPADA SEMUA ANGGOTA YANG BERTUNGKUS-LUMUS MENJAYAKAN PROMOSI KERJA KAHWIN YANG BERLANGSUNG SELAMA 13 HARI BERMULA PADA 20 JUN HINGGA 2 JULAI.  SYUKUR ALHAMDULILLAH SASARAN JUALAN YANG DITETAPKAN SEBANYAK RM11 JUTA DAPAT DICAPAI IAITU SEBANYAK RM11.3 JUTA DAN INI MENUNJUKKAN PENINGKATAN JUALAN SEBANYAK 3% DARIPADA SASARAN.  TAHNIAH DAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN.

4.   TAHNIAH JUGA DIUCAPKAN KEPADA INSTITUT KRAF NEGARA YANG DINOBATKAN PENERIMA ANUGERAH TANGAN EMAS KATEGORI BATIK IAITU HADIAH KESELURUHAN PERTANDINGAN REKAAN DAN KEMAHIRAN  ANJURAN JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN, KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA.

5.   KITA TELAH MENJALANI PERJALANAN TAHUN INI MEMASUKI SUKU KEDUA TAHUN 2012 DAN BERMAKNA SEBAHAGIAN BESAR AKTIVITI TAHUNAN TELAH DILAKSANAKAN MENGIKUT PERANCANGAN KERJA BAGI MENUJU PENCAPAIAN KPI YANG DITETAPKAN BAGI ORGANISASI, BAHAGIAN DAN DIRI SENDIRI.  SAYA SERING MEMPERINGATKAN KPI JUALAN KRAFTANGAN MALAYSIA TAHUN INI ADALAH UNTUK MENCAPAI SASARAN JUALAN SEBANYAK RM300 JUTA.

6.   SEHINGGA JUN 2012 KITA TELAH MENCAPAI SASARAN JUALAN SEBANYAK 70% ATAU NILAI JUALAN KRAF SEBANYAK RM210 JUTA MENJANGKAUI SASARAN JUALAN  JANUARI SEHINGGA JUN YANG DITETAPKAN IAITU SEBANYAK RM143 JUTA.  INI BERMAKNA KITA MENCAPAI MELEBIHI SASARAN YANG DITETAPKAN SEBANYAK 147%.
                                        
7.   WALAUPUN DEMIKIAN PERLU DIINGATKAN KITA MASIH ADA BERBAKI LIMA BULAN LAGI UNTUK MELAKSANAKAN AKTIVITI TAHUN INI.  PADA 1 OGOS HINGGA 12 OGOS INI AKAN BERLANGSUNG PROMOSI KRAF AIDILFITRI YANG AKAN MELIBATKAN SERAMAI 200 USAHAWAN DENGAN SASARAN JUALAN KITA SEBANYAK RM3JUTA.  OLEH YANG DEMIKIAN SAMA-SAMALAH KITA BERUSAHA MEMBERI SEPENUH TUMPUAN UNTUK MENJAYAKAN AKTIVITI PROMOSI KRAF AIDILFITRI INI. 

8.   MAJLIS PRA PELANCARANNYA JUGA TELAH DIADAKAN PADA SEMALAM IAITU 19 JULAI 2012 YANG DISEMPURNAKAN OLEH YANG BERBAHAGIA DATO’ HAJI SOHAIMI SHAHADAN, PENGERUSI KRAFTANGAN MALAYSIA.  ADALAH MENJADI HARAPAN KITA SEMUA AGAR AKTIVITI PROMOSI KALI INI MENDAPAT PENGLIBATAN DARI SEMUA PERINGKAT ANGGOTA KERJA KRAFTANGAN MALAYSIA SAMA ADA DI PERINGKAT IBU PEJABAT DAN CAWANGAN-CAWANGAN.

9.   DI SINI SAYA MENYERU SEMUA ANGGOTA KERJA SAMA-SAMA BENTUKAN JATI DIRI, TERAPKAN NILAI-NILAI MURNI SERTA INTEGRITI DAN BERDISIPLIN DALAM DIRI MASING-MASING.  IANYA PERLU DENGAN NILAI-NILAI TERSEBUT KITA DAPAT MENGHASILKAN KERJA-KERJA YANG LEBIH CEMERLANG DAN DAPAT DICONTOHI OLEH ORANG LAIN SELARI DENGAN SARANAN YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI PADA PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN PERDANA MENTERI PADA 2 JULAI YANG LALU.

10.  BELIAU MENYERU AGAR PENJAWAT AWAM PERLU MENGAMBIL SIKAP CEPAT, TEPAT DAN INTEGRITI SEBAGAI PANDUAN DALAM MENJALANKAN TUGAS SEHARIAN.  SIKAP INI PULA PERLU DISOKONG DENGAN PENERAPAN PERKARA-PERKARA BARU IAITU PRODUKTIVITI, KREATIVITI DAN INOVATIF.  SIKAP-SIKAP INI PERLU AGAR PERKHIDMATAN AWAM TIDAK DILIHAT SEBAGAI SENTIASA BERPUAS HATI DENGAN PENCAPAIAN SERTA URUSAN SEHARIAN ATAU SELESA DENGAN BUSINESS AS USUAL.
                                           
11.  PADA 21 JULAI INI INSYA-ALLAH KITA AKAN MENUNAIKAN IBADAH PUASA, RUKUN ISLAM YANG KETIGA DAN SALAM RAMADHAN SAYA HULURKAN KEPADA SEMUA DAN SEMOGA ALLAH MEMPERMUDAH SERTA MENYEMPURNAKAN RAMADHAN KITA TAHUN INI TANPA SEBARANG HALANGAN.  JUSTERU, JADIKANLAH RAMADHAN AL-MUBARAK SEBAGAI SATU RAHMAT BESAR YANG TELAH DISEDIAKAN OLEH ALLAH SWT SEBAGAI SATU MEDAN UNTUK KITA MEMBINA KUALITI KEIMANAN, KETAKWAAN DAN KERJA. 


SEKIAN DAHULU UNTUK PERHIMPUNAN KALI INI DAN SELAMAT MENJALANKAN TUGAS.

WASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.


TERIMA KASIH.

Tiada ulasan: