Saya juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan 2014 kepada semua warga wilayah persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang bakal disambut pada 1 Februari 2014. Memilih tema 'Wilayah Persekutuan Ceria' bagi tahun 2014 ini selaras dengan hasrat untuk mewujudkan persekitaran kota yang lebih makmur, selesa, indah, selamat, kondusif, serta mengembangkan sumber masyarakat kota yang produktif untuk terus berkembang ke tahap maksimum.
Objektif sambutan Hari Wilayah Persekutuan adalah bagi mewujudkan warga kota yang harmoni, prihatin, maju, sejahtera, menyuburkan semangat muhibah serta integrasi pelbagai lapisan masyarakat di samping menghargai individu yang banyak memberi pelbagai bantuan dan sumbangan kepada Wilayah Persekutuan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan