20 Okt 2009

TEMASYA BUSANA MUSLIM ANTARABANGSA 27 OKTOBER HINGGA 1 NOVEMBER 2009

Kraftangan Malaysia buat julung-julung kalinya akan menganjurkan Temasya Busana Muslim Antarabangsa - Kraf Tekstil yang akan diadakan bermula pada 27 Oktober hingga 1 November 2009. Temasya yang bertemakan “Kraf Tekstil dan Busana Muslim” ini cuba mengetengahkan keunikan dan kehalusan produk kraf tekstil tempatan sebagai bahan utama dalam penyediaan dan penghasilan busana muslim ke persada dunia.

Tujuan penganjuran Temasya Busana Muslim ini adalah untuk meningkatkan pertumbuhan industri kraf tekstil tempatan melalui penggalakan penggunaan kraf tekstil Malaysia batik, tenunan dan songket serta tenunan etnik Sabah dan Sarawak. Selain daripada itu, melalui Temasya Busana Muslim ini juga diharapkan dapat meningkatkan pendapatan usahawan kraf hasil daripada gabungan dan pencambahan idea dan pertukaran fikiran tentang gaya fesyen muslim terkini. Temasya Busana Muslim juga mengajak masyarakat umum dalam penerimaan fesyen muslim sebagai fesyen universal.

Sepanjang Temasya ini, Kraftangan Malaysia merencanakan pelbagai aktiviti seperti jualan produk kraf tekstil, penjualan aksesori, pameran fesyen busana muslim, peragaan fesyen, demonstrasi kraf teksil, persembahan kesenian dan lawatan berkumpulan.

Temasya Budaya Muslim Antarabangsa yang bersifat komersil ini dapat mencetuskan idea penggayaan fesyen hasil gabungan budaya dan agama serta penggunaan produk kraf tekstil tempatan. Sasaran kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia dan agama diharapkan Temasya ini mencapai matlamat menjadikan kraf, busana, budaya dan agama digabungkan dalam penggayaan fesyen terkini.

SEMUA DI JEMPUT HADIR BAGI MEMERIAHKAN TEMASYA INI

Tiada ulasan: