11 Feb 2010

TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH KRAFTANGAN MALAYSIA DI PERHIMPUNAN BULAN FEBRUARI 2010

11 FEBRUARI 2010
(KHAMIS)


BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM

TERIMA KASIH PENGERUSI MAJLIS,

YANG BERUSAHA
ENCIK RAMLI MOHD NOOR,
TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI)

TUAN HAJI SHAHRUDIN MOHD NOR,
TIMBALAN KETUA PENGARAH (PEMBANGUNAN),
PENGARAH-PENGARAH BAHAGIAN, PENGARAH INSTITUT KRAF NEGARA, PENGURUS BESAR KARYANEKA SDN. BHD, PENGURUS KRAF HOLDING SDN. BHD. DAN WARGA KRAFTANGAN SEMUA.

ASSALAMU’ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

SYUKUR KE HADRAT ALLAH SUBHANAWATA’ALA DENGAN LIMPAH KURNIANYA KITA DAPAT BERKUMPUL SEKALI LAGI PADA PAGI INI DI PERHIMPUNAN BULAN FEBRUARI 2010 BAGI KALI YANG KEDUA. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA ANGGOTA KERJA DAPAT MELUANGKAN MASA PADA PERHIMPUNAN KALI INI.
TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN

KINI KITA TELAH MELANGKAH SEBELAS HARI DI BULAN FEBRUARI DAN BERMAKNA HARI KRAF KEBANGSAAN CUMA TINGGAL 13 HARI SAHAJA LAGI UNTUK KITA BERSAMA-SAMA MERAIKANNYA IAITU PADA 24 FEBRUARI HINGGA 8 MAC 2010. SAYA MENYERU KEPADA SEMUA AGAR DAPAT MENUMPUKAN SEPENUH TENAGA DAN TINDAKAN KEPADA PERSIAPAN HARI KRAF KEBANGSAAN 2010.

SEBAGAIMANA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN LIHAT KHEMAH TELAHPUN DIDIRIKAN DAN BAHANG SAMBUTAN HARI KRAF KEBANGSAAN KIAN TERASA. JAWATAN KUASA YANG TELAH DIBENTUK UNTUK MENJAYAKAN AKTIVITI-AKTIVITI SEPANJANG HKK 2010 DIGESA SUPAYA SENTIASA MEMASTIKAN PERSIAPAN-PERSIAPAN YANG TELAH DIBUAT DISIAPKAN MENGIKUT MASA YANG DITETAPKAN.

ACARA TAHUNAN HKK INI TELAH DILULUSKAN OLEH JEMAAH MENTERI PADA MAC 2002 DAN KITA TELAH LAKSANAKAN SEJAK DARI TAHUN 2003 LAGI, KINI TELAH BERUSIA 8 TAHUN. TAHUN INI KITA BAKAL SEKALI LAGI MENEMPUH SAMBUTAN HKK SECARA BESAR-BESARAN BAGI KRAFTANGAN MALAYSIA. OLEH ITU JUALAN HARI KRAF KEBANGSAAN BAGI TAHUN INI TELAH DISASARKAN SEBANYAK RM12 JUTA BERBANDING TAHUN 2009 JUMLAH JUALAN YANG DICAPAI SEBANYAK RM11.73 JUTA. INI MENUNJUKKAN PENINGKATAN SEBANYAK 2.3%.

TEMA HKK TAHUN 2010 ADALAH “KRAF, KREATIF DAN INOVATIF” SELARAS DENGAN SERUAN YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI MENJADIKAN TAHUN 2010 SEBAGAI TAHUN INOVATIF.

DARI SETAHUN KE SETAHUN HARI KRAF KEBANGSAAN TELAH MENUNJUKKAN PENINGKATAN DARI JUMLAH JUALAN DAN JUGA PENYERTAAN USAHAWAN. PENYERTAAN SERAMAI 431 USAHAWAN PADA KALI INI DIHARAP DAPAT MEMPERTINGKATKAN JUALAN KRAF DAN MENEPATI SASARAN JUALAN YANG TELAH DITETAPKAN. YANG AMAT BERBAHAGIA DATIN PADUKA SERI ROSMAH MANSOR, ISTERI PERDANA MENTERI MALAYSIA TELAH MEMBERI PENGESAHAN UNTUK MERASMIKAN HKK 2010 YANG AKAN BERLANGSUNG PADA 25 FEBRUARI NANTI.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN

SAYA SUKA MENGINGATKAN KEPADA SEMUA ANGGOTA KERJA SUPAYA DAPAT MENGURUSKAN MASA BEKERJA SEMAKSIMA MUNGKIN DENGAN MEMINIMAKAN TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA. INI DISEBABKAN KEKANGAN KE ATAS PERUNTUKAN MENGURUS KRAFTANGAN MALAYSIA YANG BERKURANGAN PADA TAHUN INI BERBANDING TAHUN-TAHUN LEPAS. WALAUPUN DEMIKIAN, INI TIDAK BERMAKNA SEMUA WARGA KERJA TIDAK DAPAT MEMBERIKAN KERJASAMA DALAM MENJALANKAN TUGAS UNTUK MENJAYAKAN HKK PADA TAHUN INI.

SELAIN DARIPADA ITU, SAYA JUGA INGIN MENYARANKAN BEBERAPA PERKARA IAITU LANGKAH PENJIMATAN YANG BOLEH DILAKUKAN SEPERTI PENGGUNAAN KENDERAAN PEJABAT, PENGAWALAN PENGGUNAAN PETROLEUM, ALAT TULIS, ELEKTRIK, AIR, HAWA DINGIN SERTA TEMPAHAN MAKANAN YANG BERLEBIHAN. PENGGUNAAN KOMUNIKASI ELEKTRONIK PERLU DIPERLUASKAN DI KALANGAN ANGGOTA KERJA SEMUA SEPERTI PENGGUNAAN E-MEL. ADALAH DIDAPATI HANYA 60% SAHAJA WARGA KRAFTANGAN MENGGUNAKAN PERHUBUNGAN ELEKTRONIK MELALUI E-MEL. SEBENARNYA PENGGUNAAN MELUAS CARA INI DAPAT MENJIMATKAN KOS PENGGUNAAN KERTAS DAN JUGA BIL PANGGILAN TELEFON.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN

KRAFTANGAN MALAYSIA SEBAGAI SEBUAH BADAN BERKANUN, ADALAH TERTAKLUK KEPADA PERATURAN 3 (2) (D), AKTA BADAN-BADAN BERKANUN SUPAYA MENJAGA INTEGRITI DAN MENGELAKKAN DARIPADA MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEMBURUK DAN MENCEMARKAN NAMA BAIK BADAN BERKANUN. JABATAN PERKHIDMATAN AWAM DALAM SIRI 1/2010 INTEGRITI NASIONAL TELAH MEMAKLUMKAN BAHAWA SEMUA KAKITANGAN AWAM DILARANG MENYERTAI SKIM CEPAT KAYA. DI ANTARA CIRI-CIRI SKIM CEPAT KAYA YANG DIGARISKAN IAITU:-

I. MENJANJIKAN KADAR PULANGAN YANG TINGGI;
II. TIDAK REALISTIK;
III. TIDAK BERDAFTAR DENGAN BANK NEGARA, SURUHANJAYA SEKURITI, SURUHANJAYA KOPERASI, KPDNKK ATAU DENGAN PIHAK-PIHAK BERKUASA LAIN;
IV. PELABURAN YANG BEBAS DARI RISIKO; DAN
V. PELAN ATAU AKTIVITI PELABURAN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN

PADA 8 FEBRUARI YANG LALU YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI DALAM UCAPAN PADA PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN PERDANA MENTERI TELAH MENGGARISKAN 4 TONGGAK JAYA AGENDA NEGARA IAITU:
I. GAGASAN 1MALAYSIA;
II. PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN;
III. MODEL EKONOMI BARU; DAN
IV. RANCANGAN MALAYSIA KESEPULUH.

DUA PERKARA LAIN YANG MENJADI TONGGAK PEMACUAN PEMBANGGUNAN SEKTOR SWASTA ADALAH PEMIKIRAN KREATIF DAN INVOATIF SERTA KEPANTASAN MEMBUAT KEPUTUSAN. KEDUA-DUA PERKARA INI DIGARISKAN DALAM BUKU PELAN HALA TUJU PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN (PTK). DALAM MENJAYAKAN PELAN INI DIHARAP KITA DI KRAFTANGAN MALAYSIA DAPAT MENYAHUT SERUAN KERAJAAN INI DENGAN BERTINDAK PANTAS, MEMPUNYAI PEMIKIRAN YANG KREATIF DAN SENTIASA BERINOVATIF.

DALAM MEREALISASIKAN PERKARA INI SUDAH TENTUNYA WUJUD HALANGAN-HALANGAN YANG PERLU DITEMPUHI, NAMUN SEMUA INI PERLU DIATASI DENGAN INTEGRITI DAN SOKONGAN YANG KUAT DARIPADA SEMUA WARGA KRAFTANGAN. HALANGAN-HALANGAN INI DIHARAP MAMPU MENJADIKAN KRAFTANGAN MALAYSIA ANTARA ORGANISASI YANG MENUJU KE ARAH TRANSFORMASI YANG DIHARAPKAN OLEH PIHAK KERAJAAN.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN

DIKESEMPATAN INI JUGA, SAYA MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA KARYANEKA YANG TELAH MENJAYAKAN PERASMIAN BUTIK KRAF KARYANEKA PADA 29 JANUARI LALU, DI ZON BARAT BANGUNAN SATELIT KLIA YANG TELAH DISEMPURNAKAN OLEH YB MENTERI PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN. TERIMA KASIH JUGA DIUCAPKAN KEPADA WARGA KERJA KRAFTANGAN MALAYSIA YANG TURUT MEMBANTU MENJAYAKAN MAJLIS PERASMIAN TERSEBUT.

TAHNIAH JUGA DIUCAPKAN KEPADA BAHAGIAN REKAAN YANG TELAH BERJAYA MEREKA BAJU BATIK 1MALAYSIA YANG TELAH DIPERAGAKAN KEPADA YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI PADA 3 FEBRUARI YANG LALU. BATIK 1MALAYSIA REKAAN KRAFTANGAN INI JUGA TELAH DIPERTONTONKAN DENGAN RASMINYA KEPADA UMUM PADA 4 FEBRUARI 2010 SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN 1MALAYSIA YANG TELAH DIADAKAN DI PANTAI KLEBANG, MELAKA.

TAHUN 2010 MERUPAKAN TAHUN TERAKHIR BAGI RANCANGAN MALAYSIA KE-9 DAN BERMULA TAHUN 2011-2015 KITA BAKAL MENEMPUHI RANCANGAN MALAYSIA KE-10. SEBAGAI PERSIAPAN TERSEBUT SATU BENGKEL LATIHAN PERANCANGAN PROJEK RMK10 TELAH DIADAKAN DI HOTEL DORSETT REGENCY BERMULA PADA 26 DAN 27 JANUARI YANG LALU. KEPADA YANG TERLIBAT DIHARAP DAPAT MENYEDIAKAN PERANCANGAN YANG KOMPREHENSIF UNTUK RANCANGAN MALAYSIA KESEPULUH.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN

SEBELUM MENGAKHIRI UCAPAN PADA PAGI INI SEKALI LAGI SAYA MENGINGATKAN KEPADA SEMUA WARGA KRAFTANGAN MALAYSIA UNTUK MEMBERI KERJASAMA, BEKERJA SECARA BERPASUKAN DAN MENUMPUKAN SEPENUH PERHATIAN KEPADA PERSIAPAN HKK YANG BAKAL TIBA.

SEKIAN DAHULU UNTUK PERHIMPUNAN KALI INI SELAMAT MENJALANKAN TUGAS.

WASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.


TERIMA KASIH.

Tiada ulasan: