16 Jul 2010
UCAPAN SEMPENA HARI KELUARGA KRAFTANGAN MALAYSIA
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
YANG BERUSAHA ENCIK RAMLI MOHD NOOR
TIMBALAN KETUA PENGARAH OPERASI
DAN KELUARGA
YANG BERUSAHA TUAN HAJI SHAHRUDIN BIN MOHD NOR
TIMBALAN KETUA PENGARAH PEMBANGUNAN
DAN KELUARGA
SEMUA WARGA KERJA KRAFTANGAN MALAYSIA SERTA KELUARGA
TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA
SYUKUR KE HADRAT ALLAH SWT KERANA DENGAN IZINNYA KITA DAPAT BERKUMPUL BERSAMA-SAMA PADA PAGI INI BAGI MENJAYAKAN HARI KELUARGA KRAFTANGAN MALAYSIA TAHUN 2010. TERLEBIH DAHULU SAYA MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA JAWATANKUASA HARI KELUARGA KRAFTANGAN MALAYSIA YANG SUDI MENJEMPUT SAYA UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN SETERUSNYA MERASMIKAN HARI KELUARGA KRAFTANGAN MALAYSIA BAGI TAHUN INI.
DENGAN IZIN ALLAH SWT JUGA, KITA DIBERI KESEMPATAN UNTUK BEREHAT DAN MELUANGKAN MASA BERSAMA-SAMA, JAUH DARI KESIBUKAN HARIAN DAN TUGASAN PEJABAT. SEMOGA KITA DAPAT MENGGUNAKAN KESEMPATAN INI SEPENUHNYA UNTUK BERGEMBIRA DAN MELEPASKAN TEKANAN YANG DIALAMI DI TEMPAT KERJA. SESUNGGUHNYA AKTIVITI SEPERTI INI SANGATLAH DIALU-ALUKAN KERANA IA DAPAT MEMBERIKAN RUANG DAN PELUANG KEPADA SEMUA WARGA KRAFTANGAN MALAYSIA UNTUK BERADA DALAM SATU MAJLIS. KITA SEMUA MAKLUM, HARI KELUARGA INI TELAH LAMA TIDAK DAPAT DIADAKAN DAN KALI TERAKHIR IA DIADAKAN IALAH PADA TAHUN 2000 IAITU 10 TAHUN YANG LALU. JUSTERU, AMAT WAJARLAH AKTIVITI INI DILAKSANAKAN PADA TAHUN INI. TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA AHLI JAWATANKUASA YANG MENJAYAKAN SAMBUTAN PADA HARI INI.
SELARAS DENGAN TEMA YANG TELAH DIPILIH IAITU KELUARGA BAHAGIA, WARGA CERIA AKTIVITI SEPERTI INI JUGA DAPAT MENGERATKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM DAN KEMESRAAN DI ANTARA SEMUA WARGA KRAFTANGAN MALAYSIA MELALUI PELBAGAI PROGRAM YANG DIATURKAN PADA HARI INI. ACARA-ACARA BERSIFAT INFORMAL YANG MELIBATKAN SEMUA PERINGKAT WARGA KRAFTANGAN MALAYSIA SESUNGGUHNYA MEMBERIKAN IMPAK YANG POSITIF KE ARAH PENGUKUHAN DAN PEMANTAPAN SEMANGAT KERJASAMA DALAM ORGANISASI SERTA MAMPU MENCETUSKAN PERASAAN KASIH SAYANG DAN SEMANGAT KEKELUARGAAN YANG LEBIH TINGGI.
SAYA DIMAKLUMKAN SERAMAI 579 ORANG WARGA KERJA, WAKIL ANAK SYARIKAT DAN ANGGOTA KELUARGA DAPAT HADIR PADA HARI INI. UNTUK TAHUN INI, KITA HANYA DAPAT MENGADAKAN HARI KELUARGA DI PERINGKAT IBU PEJABAT DAN IKN SAHAJA. SYARIKAT PEMASARAN KARYANEKA SDN. BHD DAN KRAF HOLDINGS SDN. BHD TURUT DIJEMPUT. SEMOGA AKTIVITI INI DAPAT MEMBINA KEAKRABAN YANG LEBIH KUKUH DI
KALANGAN WARGA KERJA KRAFTANGAN MALAYSIA, ANAK SYARIKAT DAN ANGGOTA KELUARGA.
PENGANJURAN HARI KELUARGA YANG TERLAKSANA HARI INI ADALAH SALAH SATU USAHA UNTUK MEWUJUDKAN MASYARAKAT PENYAYANG. GEJALA SOSIAL YANG BERLAKU PADA HARI INI SEMAKIN MEMBIMBANGKAN SEMUA PIHAK. JUSTERU, SAYA MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MENGINGATKAN SEMUA PIHAK TERMASUK DIRI SAYA SUPAYA MELUANGKAN MASA BERSAMA KELUARGA. LIBATKANLAH DIRI KITA DALAM AKTIVITI ANAK-ANAK SEPERTI BERIADAH BERSAMA KELUARGA PADA WAKTU PETANG. DENGAN CARA INI, HUBUNGAN KEKELUARGAAN AKAN BERTAMBAH ERAT DAN PRESTASI KERJA JUGA AKAN MENINGKAT.
SAYA PERCAYA BAHAWA HUBUNGAN AKRAB YANG TERJALIN ERAT DI ANTARA SEMUA WARGA KERJA DAN SUASANA HARMONI YANG SEDIA WUJUD DI ORGANISASI INI AKAN MEMUDAHKAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN YANG TELAH DIRANCANG SEBAGAIMANA YANG TELAH DIJADUALKAN DALAM TAKWIM TAHUNAN. PERLU DIINGATKAN BAHAWA BAGI MENCAPAI MATLAMAT ORGANISASI BUKANLAH SATU PERKARA MUDAH. APATAH LAGI UNTUK MENGEKALKAN KECEMERLANGAN YANG SEDIA DIKECAPI. AKAN TETAPI IA BUKAN PULA SATU PERKARA MUSTAHIL UNTUK DIPEROLEHINYA.
SETIAP WARGA KERJA JUGA PERLU MENANAMKAN SEMANGAT KERJASAMA YANG PADU DAN BERSATU HATI DALAM MEMBERIKAN SEPENUH KOMITMEN TERHADAP TANGGUNGJAWAB YANG DIAMANAHKAN SERTA BERUSAHA MENINGKATKAN KEUPAYAAN, KECEKAPAN DAN KEPAKARAN KERJA DI SAMPING MENGAMALKAN NILAI-NILAI MURNI DALAM PELAKSANAAN TUGAS SEHARIAN. NILAI-NILAI INI DISOKONG DENGAN VISI, MISI DAN STRATEGI-STRATEGI ORGANISASI YANG JELAS DAN MEMPUNYAI FOKUS.
SEMANGAT KEKELUARGAAN BUKAN SAHAJA PERLU DITERAPKAN DI RUMAH TETAPI JUGA DI PEJABAT. DENGAN ADANYA SEMANGAT KEKELUARGAAN, KEKITAAN DAN KEAKRABAN DI KALANGAN WARGA KERJA KRAFTANGAN MALAYSIA, SECARA TIDAK LANGSUNG IANYA DAPAT MELAHIRKAN SIKAP PRIHATIN, SALING HORMAT- MENGHORMATI, BERTOLAK ANSUR, AMANAH SERTA TELUS DI DALAM MENJALANKAN TUGAS SEHARIAN. SAYA JUGA AMAT BERHARAP AGAR SEMUA WARGA KERJA MENGAMALKAN SEMANGAT KERJA BERPASUKAN YANG TINGGI DI DALAM MELAKSANAKAN TUGAS-TUGAS HARIAN. SAYA PERCAYA DENGAN WUJUDNYA SEMANGAT KERJASAMA YANG ERAT DAN INTERAKSI BERTERUSAN DI KALANGAN WARGA KERJA AKAN MENINGKATKAN PERANANNYA DENGAN EFEKTIF KHUSUSNYA DALAM MEMBANTU MENJAYAKAN HALA TUJU ORGANISASI.
AKHIR SEKALI, SAYA INGIN MENYERU KEPADA SEMUA WARGA KRAFTANGAN MALAYSIA UNTUK TERUS BEKERJA DENGAN PENUH KOMITED SERTA BERDISIPLIN DALAM MELAKSANAKAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB, BERUSAHA MENGEKALKAN KEHARMONIAN SEPANJANG MASA, SETIA KEPADA ORGANISASI DAN BERSEDIA MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG TERBAIK. SAYA MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG TINGGI BAHAWA KRAFTANGAN MALAYSIA AKAN MAMPU MENJADI SEBUAH AGENSI CEMERLANG SEKIRANYA SETIAP WARGA KRAFTANGAN MALAYSIA MEMBERIKAN SOKONGAN DAN KHIDMAT YANG TIDAK BERBELAH BAGI KEPADA ORGANISASI INI.
SYABAS DAN TAHNIAH SAYA UCAPKAN KEPADA SEMUA AHLI JAWATANKUASA DI ATAS KEJAYAAN DALAM MENGANJURKAN HARI KELUARGA PADA TAHUN INI. SEMOGA ACARA BEGINI AKAN DAPAT DITERUSKAN PADA MASA AKAN DATANG. DENGAN LAFAZ BISMILLAH HIRRAHMAN NIRRAHIM SAYA DENGAN INI MERASMIKAN SAMBUTAN HARI KELUARGA KRAFTANGAN MALAYSIA TAHUN 2010.
SAYA AKHIRI UCAPAN SAYA DENGAN SERANGKAP PANTUN:
TUAN PUTERI PERGI KE RASAH
PULANG SEMULA SEBELAH PAGI
KITA BERTEMU A DAN BERPISAH
DIIZIN TUHAN BERSUA LAGI
SEKIAN, ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan