8 Ogo 2010

PERHIMPUNAN PAGI 29 JULAI 2010

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM

SAUDARA PENGERUSI MAJLIS,

YANG BERUSAHA
ENCIK RAMLI MOHD NOOR,
TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI)

TUAN HAJI SHAHRUDIN MOHD NOR,
TIMBALAN KETUA PENGARAH (PEMBANGUNAN),

YANG DIRAIKAN
• ENCIK MOHD SUHILME IDRUS
• TUAN HAJI YUSOP MURI
• PUAN HAJAH NOREINI MT LANA, DAN
• PUAN SITI ZALEHA DARUS

PENGARAH-PENGARAH BAHAGIAN,
PENGARAH INSTITUT KRAF NEGARA
PENGURUS BESAR KARYANEKA SDN. BHD,

PENGURUS KRAF HOLDING SDN. BHD.
DAN ANGGOTA KERJA KRAFTANGAN SEMUA

ASSALAMU’ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

BERSYUKUR KITA KEPADA ALLAH KERANA DENGAN IZINNYA KITA DAPAT BERSAMA-SAMA PADA HARI YANG BERSEJARAH INI BERKUMPUL UNTUK PERHIMPUNAN BULANAN BAGI BULAN JULAI DAN MERAIKAN PERSARAAN EMPAT ORANG ANGGOTA KERJA KRAFTANGAN MALAYSIA.


SAUDARA SAUDARI SEKALIAN

SEBAGAIMANA SAUDARA SAUDARI SEDIA MAKLUM, SEKARANG INI SEDANG BERLANGSUNG PROMOSI KERJA KAHWIN YANG AKAN BERAKHIR PADA DUA OGOS 2010. PROMOSI INI DISERTAI SERAMAI 230 USAHAWAN DALAM PELBAGAI BIDANG KRAF TERMASUK SYARIKAT PERANCANG PERKAHWINAN. PROMOSI YANG DIKENDALIKAN OLEH BAHAGIAN PASARAN DAN PROMOSI INI MENJANGKAKAN SASARAN JUALAN SEJUMLAH RM3.5 JUTA DAN SAYA BERHARAP KITA DAPAT MENCAPAI SASARAN YANG TELAH DITETAPKAN.

MAJLIS SIDANG MEDIA BAGI PROMOSI KERJA KAHWIN INI TELAH BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA PADA 26 HARIBULAN JULAI YANG LALU DAN DIHADIRI OLEH TETAMU KEHORMAT IAITU YANG BERHORMAT DATO’ SERI UTAMA DR. RAIS YATIM DAN ISTERI. PELBAGAI AKTIVITI PADA HARI TERSEBUT MENDAPAT PUJIAN DAN PERHATIAN YB MENTERI DAN JUGA PARA MEDIA, TERUTAMANYA PAMERAN SENI LOGAM DAN AKTIVITI REWANG. TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN KEPADA SEMUA ANGGOTA KERJA YANG TELAH MENJAYAKAN PROMOSI KERJA KAHWIN DAN MAJLIS SIDANG MEDIA PROMOSI HARI KERJA KAHWIN 2010.

SAUDARA SAUDARI SEKALIAN

KETUA SETIAUSAHA NEGARA (KSN) TAN SRI MOHD SIDEK HASSAN MENYERU SEMUA PENJAWAT AWAM PERLU SENTIASA MENCIPTA PEMBAHARUAN DALAM PERKHIDMATAN YANG DISAMPAIKAN SEIRING DENGAN KEPERLUAN PELANGGAN. PARA KAKITANGAN PERLU LEBIH BERINOVASI DAN KREATIF KETIKA MELAKSANAKAN TUGASAN YANG DAPAT MEMBANTU ORGANISASI UNTUK LEBIH BERJAYA DAN KEKAL DALAM ARUS PERDANA. BELIAU JUGA TURUT BERPESAN AGAR SEMUA PENJAWAT AWAM MENEROKAI PELUANG YANG SEDIA ADA DAN JANGAN TERLALU SELESA BERADA DALAM ZON SELAMAT.

SAYA MENGINGATKAN SEMUA ANGGOTA KERJA MENGAMBIL POSITIF TERHADAP PESANAN TAN SRI KSN DISAMPING MENGUTAMAKAN AMALAN-AMALAN SIKAP NILAI-NILAI MURNI
BERITEGRITI, AMANAH, TELUS SERTA MENJAGA NAMA BAIK ORGANISASI.


SAUDARA SAUDARI SEKALIAN

SAYA MERAKAMKAN TAHNIAH KEPADA SERAMAI 58 ANGGOTA KERJA KRAFTANGAN MALAYSIA YANG MENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG YANG TELAH DIADAKAN PADA 29 JUN 2010 DI ISTANA BUDAYA YANG LALU. PADA MAJLIS TERSEBUT YANG BERHORMAT DATO’ SERI RAIS YATIM JUGA TELAH MENYARANKAN AGAR SEMUA ANGGOTA KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN TIDAK BERADA DALAM KEADAAN STATIK, BERPENDIRIAN POSITIF MENGUTAMAKAN SEMANGAT KEKITAAN DAN TAAT KEPADA PEMERINTAH. PESANAN INI SEKALI LAGI DITEGASKAN PADA PROGRAM JELAJAH ISU YANG DIADAKAN DI AMFITEATER INI PADA 7 JULAI 2010.

SAUDARA SAUDARI SEKALIAN

SAYA AMAT BERSYUKUR DAN TERHARU PADA PAGI INI JUGA KITA AKAN MERAIKAN MAJLIS PERSARAAN UNTUK EMPAT ORANG KAKITANGAN YANG BERSARA BERMULA BULAN JUN. MEREKA YANG BERSARA IALAH PUAN SITI ZALEHA DARUS TUAN HAJI YUSOP MURI, ENCIK MOHD SUHILME IDRUS, DAN PUAN HAJAH NOREINI MAT LANA. KRAFTANGAN MALAYSIA AMAT BERTUAH MEMPUNYAI KAKITANGAN YANG AMAT SETIA MENCURAH BAKTI SEHINGGA KE PENGHUJUNG PERKHIDMATAN.

SAYA MENGENALI SEMUA SAHABAT-SAHABAT SAYA YANG DIRAIKAN HARI INI SEMASA SAYA MELANGKAH MASUK BERKHIDMAT DI KRAFTANGAN MALAYSIA PADA TAHUN 1977 DAN TUAN HAJI YUSOP MURI PADA TAHUN 1981. TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA KERANA MEMBERI KERJASAMA YANG PADU SAMA ADA SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG TERUTAMANYA KETIKA SAYA MENJAWAT JAWATAN SEBAGAI KETUA PENGARAH KRAFTANGAN MALAYSIA.

SEPANJANG BERTUGAS BERSAMA, SUDAH TENTU TERDAPAT SUKA DUKA DAN HALANGAN-HALANGAN YANG PERLU DITEMPUHI NAMUN BAGI SAYA DENGAN SEMANGAT KERJA BERPASUKAN YANG DITUNJUKKAN OLEH ENCIK SUHILME, TUAN HAJI YUSOP, PUAN NOREINI DAN PUAN SITI ZALEHA PATUT DICONTOHI OLEH SEMUA WARGA KERJA KRAFTANGAN MALAYSIA.

SEPANJANG HAMPIR 33 TAHUN BERTUGAS PELBAGAI IDEA DAN SUMBANGAN TELAH DICURAHKAN NAMUN APAPUN SUMBANGNNYA IA AMAT BERMAKNA KEPADA KRAFTANGAN MALAYSIA DAN INDUSTRI KRAF.

BILA BERADA DI PENGUNJUNG PERKHIDMATAN SAYA PERCAYA ORANG YANG DIRAIKAN HARI INI SUDAH TENTUNYA TERASA BERAT KAKI MELANGKAH PERGI MENINGGGALKAN KAWAN-KAWAN, SAHABAT HANDAI DAN TEMAN SEPERJUANGAN SEMUA. INILAH KEUNIKAN YANG MEMBEZAKAN KRAFTANGAN MALAYSIA DENGAN ORGANISASI LAINNYA, KERANA KITA BEKERJA SEBAGAI SEBUAH KELUARGA, SALING MENGENALI SATU SAMA LAIN DAN MEMPUNYAI HUBUNGAN YANG AKRAB.

DALAM KEAKRABAN TERSEBUT SUDAH TENTU ADA SALAH DAN SILAP. SAYA MEWAKILI WARGA KRAFTANGAN SEMUA MEMOHON MAAF DI ATAS SEGALA KESILAPAN, KESALAHAN DAN KETERLANJURAN TUTUR KATA. KAMI DI KRAFTANGAN MALAYSIA MENDOAKAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIRAIKAN BEROLEH KESEJAHTERAAN, SIHAT SELALU DAN DILINDUNGI ALLAH.

KEPADA YANG MASIH BERKHIDMAT JADIKAN PESARA-PESARA HARI INI SEBAGAI CONTOH MENDORONG KITA UNTUK MEMPERTINGKATKAN KERJAYA DAN MASA DEPAN ORGANISASI. SEBELUM SAYA MENGAKHIRI UCAPAN SAYA IZINKAN SAYA MERUNGKAI SERANGKAP PANTUN


MAJLIS KAHWIN, KERJA REWANG
KOMPANG DIPALU, RENJIS MERENJIS
TUAN PUAN PERGI TETAP DIKENANG
KAMI DITINGGAL JANGAN DITANGIS


SEKIAN DAHULU UNTUK PERHIMPUNAN KALI INI DAN SELAMAT MAJU MAJU KEPADA PESARA-PESARA.

WASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.


TERIMA KASIH.

Tiada ulasan: