8 Sep 2010

TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH SEMPENA PERHIMPUNAN BULANAN KHAS SEMPENA AIDILFITRI-SEPTEMBER

TEKS UCAPAN

KETUA PENGARAH
PERHIMPUNAN BULANAN
DI AMFITEATER KRAFTANGAN MALAYSIA
BANGUNAN SERI UTAMA, KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR


TARIKH
7 SEPTEMBER 2010
(SELASA)


JAM
8.15 PAGI
BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI)

ASSALAMU’ALAIKUM W.B.T.

SALAM SEJAHTERA
DAN
SALAM SATU MALAYSIA

TERIMA KASIH PENGERUSI MAJLIS,

YANG BERUSAHA
ENCIK RAMLI MOHD NOOR,
TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI)

TUAN HAJI SHAHRUDIN MOHD NOR,
TIMBALAN KETUA PENGARAH (PEMBANGUNAN),

PENGARAH-PENGARAH BAHAGIAN,

PENGARAH INSTITUT KRAF NEGARA

PENGURUS BESAR KARYANEKA SDN. BHD,

PENGURUS KRAF HOLDING SDN. BHD.

DAN WARGA KERJA KRAFTANGAN SEMUA


SYUKUR ALHAMDULILLAH, SUKA SAYA MEMANJATKAN KESYUKURAN KE HADRAT ALLAH SUBHANAHUWATA’ALA YANG MEMPERTEMUKAN KITA PADA PAGI INI UNTUK PERHIMPUNAN BULANAN KALI YANG KEENAM BAGI TAHUN 2010. PERHIMPUNAN KALI INI MERUPAKAN PERHIMPUNAN KHAS YANG DIADAKAN PADA BULAN PUASA DAN SEKALIGUS BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN. SAYA MENGAMBIL PELUANG INI MENGUCAPKAN SELAMAT MEYAMBUT KEMERDEKAAN KALI YANG KE 53. TIDAK TERLEWAT JUGA UNTUK SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA WALAUPUN KITA BAKAL MERAYAKAN AIDILFITRI PADA 10 SEPTEMBER INI.

SAMBUTAN KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE 53 MENCATAT SEJARAH APABILA BUAT PERTAMA KALINYA IA DIADAKAN DI RUANG TERTUTUP STADIUM PUTRA BUKIT JALIL BAGI MENGHORMATI KEMULIAAN RAMADHAN. MESKIPUN TANPA PERARAKAN, SAMBUTAN YANG UNIK INI DAPAT MENYAMPAIKAN MESEJ TEMANYA 1MALAYSIA PENJANA TRANSFORMASI NEGARA. ANGGOTA KERJA KRAFTANGAN MALAYSIA JUGA TURUT TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN YANG DIADAKAN DAN SAYA MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA YANG TERLIBAT.

SAUDARA/SAUDARI SEKELIAN

KRAFTANGAN MALAYSIA TELAH BERJAYA MENGANJURKAN PROMOSI KERJA KAHWIN DAN SELANG BEBERAPA MINGGU KITA JUGA TURUT MENGANJURKAN PROMOSI KRAF AIDILFITRI YANG BARU SAHAJA SELESAI PADA 31 OGOS YANG LALU. ALHAMDULILLAH SAMBUTAN YANG DITUNJUKKAN AMAT MEMBERANGSANGKAN DAN KITA TELAH MELEPASI SASARAN JUALAN YANG DITETAPKAN. TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MEMBERI SUMBANGAN TENAGA DALAM MENJAYAKAN KEDUA-DUA PRMOSI TERSEBUT. OLEH YANG DEMIKIAN SAYA MENYERU AGAR SEMUA WARGA KERJA KRAFTANGAN MALAYSIA TERUS MEMEPRTINGKATKAN SEMANGAT KERJA YANG TINGGI UNTUK KECEMELANGAN ORGANISASI KITA.
SAUDARA/SAUDARI SEKELIAN

KITA TELAH MELALUI PERJALANAN TAHUN 2010 MEMASUKI BULAN SEPTEMBER, BERMAKNA KITA TELAH MEMASUKI SUKU KETIGA BAGI TAHUN 2010. TINGGAL 3 BULAN LAGI KITA AKAN MEMASUKI TAHUN BARU, 2011. SAYA MENYERU DAN MEMANDANG SERIUS KE ATAS PERANCANGAN KERJA TAHUNAN (PKT) YANG TELAH DIRENCANAKAN PADA AWAL TAHUN 2010. KEPADA SEMUA PENGARAH BAHAGIAN, KETUA UNIT, SAYA MENYERU AGAR MELIHAT SEMULA PKT 2010. LAKSANAKN AKTIVITI YANG BELUM DILAKSANAKAN AGAR KPI YANG DITETAPKAN KEPADA BAHAGIAN, UNIT DAN ANGGOTA KERJA SEMUA TERCAPAI.

DALAM MENGEJAR UNTUK MELAKSANKAN AKTIVITI, SEKALI LAGI SAYA MEMPERINGATKAN AGAR MENGAMALKAN PERBELANJAAN TADBIR URUS YANG BERHEMAH. RANCANG AKTIVITI DENGAN SEMPURNA DAN HINDARILAH MENJALANKAN AKTIVITI DI SAAT-SAAT AKHIR.

SAUDARA/SAUDARI SEKELIAN

PERBELANJAAN BERHEMAH INI BUKAN SAHAJA DIAMALKAN PADA ORGANISASI MALAH BOLEH DIPRAKTIKKAN KEPADA DIRI DAN KELUARAGA. BELANJA BERLEBIHAN AKAN MEMERANGKAPKAN DIRI KITA DALAM SITUASI KEBERHUTANGAN KEWANGAN YANG SERIUS DAN MERUPAKAN SUATU KESALAHAN TATATERTIB. PERATURAN INI TERMAKTUB DI BAWAH PERATURAN 13, PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERBIT) 1993. BERBELANJALAH SECARA SEDERHANA DAN HINDARILAH PEMBAZIRAN

TINGGAL TIDAK BEBERAPA HARI LAGI KITA AKAN MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI. SAYA SUKA BERPESAN AGAR SAUDARA/ SAUDARI SEKALIAN DAPAT MENYELESAIKAN URUSAN KERJA YANG PENTING AGAR TIDAK TERTANGGUH APABILA BERCUTI PANJANG NANTI. AMALKAN CUTI SECARA BERGILIR DAN JANGAN TINGGALKAN PEJABAT DALAM KEADAAN KOSONG, SEKURANG-KURANGNYA SEORANG KAKITANGAN BERADA DI PEJABAT PADA HARI BEKERJA. SEBELUM MENINGGALKAN PEJABAT PASTIKAN KESELAMATAN PEJABAT BERADA DITAHAP YANG SEMPURNA. MATIKAN SEGALA ALATAN ELEKTONIK DAN KOMPUTER. BARANG-BARANG BERHARGA DISIMPAN DITEMPAT YANG SELAMAT.

ALHAMDULILLAH BERSYUKUR KITA KERANA BARU-BARU INI KERAJAAN MENGUMUMKAN BAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAAN SEBANYAK RM500.00 KEPADA PENJAWAT AWAM. TERIMA KASIH DIUCAPKAN DI ATAS KEPRIHATINAN KERAJAAN MEMBERI BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI. SAYA SUKA MENYARANKAN WANG INI DIPERGUNAKAN SEBAIK MUNGKIN UNTUK MERAIKAN SAMBUTAN AIDIL FITRI.

DALAM KEGHAIRAHAN KITA MENYAMBUT AIDILFITRI, JANGAN KITA LUPA KEPADA TUGASAN YANG MENANTI. PADA 13 HINGGA 25 OKTOBER 2010 SATU LAGI AKTIVITI PROMOSI AKAN DILAKSANAKAN IAITU PROMOSI KRAF TEKSTIL. PROMOSI INI BAKAL MENGHIMPUNKAN SERAMAI 150 USAHAWAN DALAM BIDANG TEKSTIL DALAM DAN LUAR NEGARA. KEPADA YANG TERLIBAT BERI SEPENUH PERHATIAN KEPADA PROMOSI INI DAN MEMBUAT PERSEDIAAN AWAL BAGI MENGELAKKAN SEBARANG PERBELANJAAN LUAR JANGKA YANG TINGGI.

SAUDARA / SAUDARI SEKALIAN,

HARI INI, SYUKUR ALHAMDULLILAH KITA TELAH MEMASUKI HARI KE 28 RAMADHAN 1431 HIJRAH DAN BEBERAPA HARI LAGI KITA AKAN MERAYAKAN SAMBUTAN AIDIL FITRI. DALAM KEMERIAHAN MENYAMBUT AIDIL FITRI SAYA SUKA MEMPERINGATKAN KEPADA SEMUA SUPAYA MEMANDU BERHATI-HATI SEMASA BALIK KAMPUNG, MENJAGA KESELAMATAN DIRI DAN KELUARGA. TIDAK LUPA JUGA RUMAH DAN HARTA BENDA YANG DITINGGALKAN SEMASA BALIK KAMPUNG, DITINGGALKAN DENGAN KEADAAN YANG SEMPURNA, SELAMAT DAN TERJAMIN. SEBILANGAN KAKITANGAN KITA TELAHPUN BERCUTI DAN BALIK KAMPUNG. SAYA BAGI DIRI SAYA, ISTERI DAN KELUARGA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

WABILLAHITAUFIK WASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH WABARAKATUH.


SEKIAN, TERIMA KASIH.

Tiada ulasan: