10 Jul 2012

SEKALUNG UCAPAN TAHNIAH KEPADA DATO' SRI DR ALI BIN HAMSA, KETUA SETIAUSAHA NEGARA






Dato' Sri Dr. Ali bin Hamsa dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong berkuat kuasa 24 Jun 2012. 


Dato' Sri Dr. yang dilahirkan di Kluang, Johor pada 29 Ogos 1955, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Ekonomi serta Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Environmental Science & Economics dari Oklahoma State University, Amerika Syarikat.

Beliau mula berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 5 Jan 1981 sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.

Sumber : BERNAMA

Tiada ulasan: