17 Jun 2014

PROMOSI FLORIA ARTS & CRAFTS



Perbadanan Putrajaya (PPj) dengan kerjasama Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor (KMCS) telah menganjurkan Promosi ’Floria Arts & Crafts’ sempena Festival Floria Putrajaya 2014 yang masih lagi berlangsung mulai 14 hingga 22 Jun 2014 di Presint 4, Putrajaya bermula pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Festival Floria Putrajaya merupakan program peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya dengan sokongan Kementerian Wilayah Persekutuan.
Promosi ‘Floria Arts & Crafts’ ini melibatkan penyertaan seramai 98 orang usahawan dari seluruh negara meliputi semua bidang kraf seperti tekstil, logam, hasil tanah, hasil rimba dan aneka kraf. Promosi seumpama ini merupakan usaha Kraftangan Malaysia mempromosi dan memperluaskan pasaran kraf di lokasi tempat tumpuan pengunjung.
Promosi ini masih berlangsung dan semua dijemput hadir untuk memeriahkan lagi promosi ini. Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!!!

Tiada ulasan: