Memaparkan catatan dengan label promosi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label promosi. Papar semua catatan

1 Mac 2019

Sekitar Majlis Perasmian Hari Kraf Kebangsaan 2019

KUALA LUMPUR, 28 FEBRUARI 2019 - Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia hari ini mengadakan Majlis Perasmian Hari Kraf Kebangsaan 2019 yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.
Hadir sama ialah Yang Berhormat Datuk Mohamaddin bin Ketapi, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan Yang Amat Mulia Kerabat Kerabat Diraja Pahang.

Terdahulu kehadiran tetamu kehormat disambut oleh :
Yang Berhormat Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
Yang Berbahagia Datuk Isham bin Ishak
Ketua Setiausaha
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
Yang Berusaha Puan Suryani Senja Alias
Pengerusi Lembaga Pengarah Kraftangan Malaysia
Yang Berusaha Encik Ibrahim bin Ismail
Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia.

SAMBUTAN HARI KRAF KEBANGSAAN

Sambutan Hari Kraf Kebangsaan diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan terhadap penglibatan dan sumbangan usahawan serta penggiat kraf dalam membangun dan memajukan industri kraf negara.
Hari Kraf Kebangsaan 2019 (HKK 2019) kali ke-17 akan berlangsung selama 12 hari iaitu dari 28 Februari hingga 11 Mac 2019 dan turut diadakan serentak di pusat beli-belah mengikut zon negeri dan di hotel-hotel di sekitar Lembah Klang bermula dari 28 Februari hingga 31 Mac 2019.











15 Feb 2018

Nantikan...

Nantikan Hari Kraf Kebangsaan 2018 yang akan berlangsung mulai 22 Mac hingga 1 April 2018,
jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam, bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay.
Ayuh kita meriahkan bersama... pelbagai aktiviti menarik bakal menemui anda.



19 Apr 2017

Sekitar Majlis Perasmian Kraf KampungKu Peringkat Negeri Sabah

Majlis Perasmian Kraf KampungKu Peringkat Negeri Sabah
4 April 2017 (Selasa) - 12.00 Tengah Hari
Dewan Kampung Batu Lunguyan, Daerah Kecil Sook, Keningau, Sabah
Dirasmikan Oleh YB Datuk Mas Ermieyati binti Haji Samsudin
Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia




7 Mac 2017

Sekitar Majlis Perasmian Hari Kraf Kebangsaan 2017

Majlis Perasmian Hari Kraf Kebangsaan 2017 telah berlangsung pada 23 Februari lalu di Panggung Sari Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Majlis disempurnakan oleh YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor, Isteri Perdana Menteri Malaysia.












17 Jun 2016

Warna-Warni Aidilfitri 2016 Kini Kembali!



Dengan berbesar hati saya ingin mengajak dan menjemput semua untuk memeriahkan lagi program tahunan Kraftangan Malaysia. Semua keperluan untuk menyambut syawal ada dijual di bawah satu bumbung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. WWA 2016 akan bermula pada 22 Jun hingga 3 Julai 2016 dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Selain aktiviti jualan, terdapat pelbagai lagi aktiviti menarik menanti anda. Bazar Ramadhan serta kemudahan tempat untuk berbuka puasa dan menunaikan solat terawih turut disediakan di sini. Jangan ketinggalan untuk bersama-sama memeriahkan lagi WWA 2016 ini. Masuk adalah percuma!!!