6 Mac 2015
PETIKAN AMANAT YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA SEMPENA PERHIMPUNAN BULANAN JPM
................ "Pertama landskap ekonomi dunia yang
sudah berubah dengan begitu mengejut sekali berikutan terjatuhnya, terjunamnya
harga minyak sebanyak 60%. Sudah tentu ini membawa implikasi kepada ekonomi dunia
dan Malaysia tidak terkecuali. Sebab itulah mengambil kira kejatuhan harga
minyak, apa kesan kepada ekonomi Negara kita, apa impaknya kepada hasil Negara,
bagaimana ia boleh membawa kesan kepada dasar atau matlamat pengurangan fiscal,
soal nilai ringgit dan sebagainya.
Perkara ini mesti kita hadapi dan tangani
dengan pendekatan yang tepat, berhemah dan penuh kebijaksanaan. Esok,
Insya’Allah saya akan umumkan apakah pengubahsuaian yang perlu kita lakukan dan
apakah intervensi yang perlu kita lakukan supaya dalam senario yang baru ini
kita akan bertindak secara lebih proaktif lagi. Maknanya kita memahami keadaan
untuk bertindak secara proaktif untuk menjamin kadar pertumbuhan yang mampan
disamping itu yang penting sekali kita dapat melindungi kepentingan rakyat,
menentukan kesejahteraan rakyat tidak terjejas.
Perkara kedua bagi tahun 2015
ini, sudah tentu berkaitan dengan soal ekonomi. 1 April 2015 tarikh
penguatkuasaan GST, dan kita secara proaktif mestilah menjamin perlaksanaan GST
ini dapat kita laksanakan sepertimana kita rancangkan dan rakyat tidak terpaksa
menanggung beban yang berat melalui perlaksanaan GST. Segala aspek perlu
diambil kira termasuk menjaga harga barangan tidak naik berlebihan boleh kita
kawal dengan baik dan hasrat kita untuk melakukan reform dan pensolidasi dapat kita laksanakan kerana ini merupakan asas yang penting
bagi kita menentukan bahawa kerajaan kita mempunyai kewangan yang lebih kukuh
dan ekonomi kita lebih resilient ( berdaya tahan ) lagi.
Perkara ke tiga, tahun
ini juga pada bulan Mei, kita akan melancarkan Rancangan Malaysia ke-11.
Perkara yang ingin saya tekankan betapa pentingnya rancangan lima (5) tahun
yang akan datang kerana ini merupakan pusingan terakhir menuju ke tarikh
keramat tahun 2020. Kita mesti pastikan bahawa segala yang kita hendak
laksanakan dalam RM- 11 nanti, dalam masa yang terdekat ini. Jadi kita yakin
bahawa apa yang kita harapkan akan menjadi kenyataan.
Perkara ke empat dalam
kita menangani malapetaka banjir, masih lagi dalam keutamaan kita walaupun air
sudah surut, tetapi penderitaan mangsa-mangsa banjir mestilah kita mencari
jalan penyelesaian secekap mungkin. Saya ucapkan terima kasih kepada semua
agensi - agensi kerajaan yang telah turut terlibat dalam membantu menangani
ancaman banjir walaupun sedikit sebanyak ada teguran sebab keadaan banjir itu
merupakan keadaan yang luar biasa luar daripada dugaan maka kita perlu buat
persediaan berasaskan kepada malapetaka yang lebih serius seperti yang kita
lalui baru-baru ini. Sehubungan ini saya berharap segala program seperti
pembinaan rumah menggantikan rumah yang sudah musnah dan rumah-rumah yang rosak
boleh di ambil tindakan secepat mungkin kerana masalah penderitaan rakyat ini
adalah satu yang mesti kita tangani dengan usaha yang gigih dalam tempoh masa
yang terdekat ini.
Perkara kelima, ancaman Negara kita dari segi keselamatan.
Akhir tahun sudah saya bentangkan kertas putih mengenai ancaman IS. Tahun ini
bulan Mac kita akan bentangkan rang undang-undang baru bagaimana menangani
ancaman keselamatan seperti ini. Dalam hal ini bukan sahaja soal tindakan dari
segi pihak berkuasa tetapi peranan yang dimainkan oleh pihak-pihak tertentu
seperti JAKIM dan sebagainya untuk memberi penjelasan tentang pengertian jihad,
komitmen kita, dan seumpamanya dari segi syariah Islam dan sebagainya. Ini
mesti kita terangkan supaya tidak ada pihak yang salah faham atau tersalah
anggap tentang apa yang patut mereka lakukan sebagai seorang Islam ataupun juga
seorang Muslim.
Perkara yang ke enam, tahun ini kita berada dipentas dunia yang
barangkali memberi kita peluang untuk menonjolkan Malaysia secara lebih
berpengaruh lagi kerana pada tahun ini, kita akan menjadi Pengerusi ASEAN.
Bukan sahaja Pengerusi ASEAN, pada tahun ini di Kuala Lumpur, kita akan umumkan
ASEAN sebagai suatu komuniti ekonomi ataupun economic community satu
pengistiharaan yang barangkali bersejarah selepas penubuhan ASEAN dan secara
kebetulan kita diberi peluang untuk menjadi tuan rumah. Jadi segala usaha yang
kita lakukan mestilah meletakkan imej Malaysia dalam keadaan yang terbaik."...................
Sumber : http://www.jpm.gov.my/
18 Feb 2015
SELAMAT TAHUN BARU CINA 2015
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2015 kepada semua warga kerja Kraftangan Malaysia yang akan disambut pada 19 dan 20 Februari 2015. Semoga sambutan tahun ini akan membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada anda semua termasuk keluarga dan seterusnya kepada negara.
" Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.
Tahun Baru Cina disambut di negara-negara dan wilayah-wilayah yang diduduki oleh ramai orang Cina, seperti Tanah Besar China, Hong Kong, Indonesia, Macau, Malaysia, Filipina, Singapura,[1]Taiwan, Thailand, dan juga di Pekan Cina di merata dunia. Tahun Baru Cina juga disetempatkan bangsa-bangsa yang kuat dipengaruhi dengan budaya Cina (termasuk memakai takwim qamari Cina), termasuk Korea (Seollal), Tibet dan Bhutan (Losar), Mongolia (Tsagaan Sar), Vietnam (Tết), dan Jepun hingga tahun 1873 (Oshogatsu). "
(Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Tahun_Baru_Cina)
Langgan:
Catatan (Atom)



