6 Mac 2015

PETIKAN AMANAT YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA SEMPENA PERHIMPUNAN BULANAN JPM



................ "Pertama landskap ekonomi dunia yang sudah berubah dengan begitu mengejut sekali berikutan terjatuhnya, terjunamnya harga minyak sebanyak 60%. Sudah tentu ini membawa implikasi kepada ekonomi dunia dan Malaysia tidak terkecuali. Sebab itulah mengambil kira kejatuhan harga minyak, apa kesan kepada ekonomi Negara kita, apa impaknya kepada hasil Negara, bagaimana ia boleh membawa kesan kepada dasar atau matlamat pengurangan fiscal, soal nilai ringgit dan sebagainya. 
Perkara ini mesti kita hadapi dan tangani dengan pendekatan yang tepat, berhemah dan penuh kebijaksanaan. Esok, Insya’Allah saya akan umumkan apakah pengubahsuaian yang perlu kita lakukan dan apakah intervensi yang perlu kita lakukan supaya dalam senario yang baru ini kita akan bertindak secara lebih proaktif lagi. Maknanya kita memahami keadaan untuk bertindak secara proaktif untuk menjamin kadar pertumbuhan yang mampan disamping itu yang penting sekali kita dapat melindungi kepentingan rakyat, menentukan kesejahteraan rakyat tidak terjejas. 
Perkara kedua bagi tahun 2015 ini, sudah tentu berkaitan dengan soal ekonomi. 1 April 2015 tarikh penguatkuasaan GST, dan kita secara proaktif mestilah menjamin perlaksanaan GST ini dapat kita laksanakan sepertimana kita rancangkan dan rakyat tidak terpaksa menanggung beban yang berat melalui perlaksanaan GST. Segala aspek perlu diambil kira termasuk menjaga harga barangan tidak naik berlebihan boleh kita kawal dengan baik dan hasrat kita untuk melakukan reform  dan pensolidasi dapat kita laksanakan kerana ini merupakan asas yang penting bagi kita menentukan bahawa kerajaan kita mempunyai kewangan yang lebih kukuh dan ekonomi kita lebih resilient ( berdaya tahan ) lagi.
Perkara ke tiga, tahun ini juga pada bulan Mei, kita akan melancarkan Rancangan Malaysia ke-11. Perkara yang ingin saya tekankan betapa pentingnya rancangan lima (5) tahun yang akan datang kerana ini merupakan pusingan terakhir menuju ke tarikh keramat tahun 2020. Kita mesti pastikan bahawa segala yang kita hendak laksanakan dalam RM- 11 nanti, dalam masa yang terdekat ini. Jadi kita yakin bahawa apa yang kita harapkan akan menjadi kenyataan. 
Perkara ke empat dalam kita menangani malapetaka banjir, masih lagi dalam keutamaan kita walaupun air sudah surut, tetapi penderitaan mangsa-mangsa banjir mestilah kita mencari jalan penyelesaian secekap mungkin. Saya ucapkan terima kasih kepada semua agensi - agensi kerajaan yang telah turut terlibat dalam membantu menangani ancaman banjir walaupun sedikit sebanyak ada teguran sebab keadaan banjir itu merupakan keadaan yang luar biasa luar daripada dugaan maka kita perlu buat persediaan berasaskan kepada malapetaka yang lebih serius seperti yang kita lalui baru-baru ini. Sehubungan ini saya berharap segala program seperti pembinaan rumah menggantikan rumah yang sudah musnah dan rumah-rumah yang rosak boleh di ambil tindakan secepat mungkin kerana masalah penderitaan rakyat ini adalah satu yang mesti kita tangani dengan usaha yang gigih dalam tempoh masa yang terdekat ini. 
Perkara kelima, ancaman Negara kita dari segi keselamatan. Akhir tahun sudah saya bentangkan kertas putih mengenai ancaman IS. Tahun ini bulan Mac kita akan bentangkan rang undang-undang baru bagaimana menangani ancaman keselamatan seperti ini. Dalam hal ini bukan sahaja soal tindakan dari segi pihak berkuasa tetapi peranan yang dimainkan oleh pihak-pihak tertentu seperti JAKIM dan sebagainya untuk memberi penjelasan tentang pengertian jihad, komitmen kita, dan seumpamanya dari segi syariah Islam dan sebagainya. Ini mesti kita terangkan supaya tidak ada pihak yang salah faham atau tersalah anggap tentang apa yang patut mereka lakukan sebagai seorang Islam ataupun juga seorang Muslim. 
Perkara yang ke enam, tahun ini kita berada dipentas dunia yang barangkali memberi kita peluang untuk menonjolkan Malaysia secara lebih berpengaruh lagi kerana pada tahun ini, kita akan menjadi Pengerusi ASEAN. Bukan sahaja Pengerusi ASEAN, pada tahun ini di Kuala Lumpur, kita akan umumkan ASEAN sebagai suatu komuniti ekonomi ataupun economic community satu pengistiharaan yang barangkali bersejarah selepas penubuhan ASEAN dan secara kebetulan kita diberi peluang untuk menjadi tuan rumah. Jadi segala usaha yang kita lakukan mestilah meletakkan imej Malaysia dalam keadaan yang terbaik."...................
Sumber : http://www.jpm.gov.my/

Tiada ulasan: