27 Apr 2011

NILAI-NILAI MURNI DAN KOD ETIKA

Pada 26 April 2011 yang lalu, satu mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus (JKTU) Kraftangan Malaysia telah diadakan. Dalam mesyuarat tersebut, beberapa isu telah disentuh. Antara isu yang menarik perhatian saya adalah mengenai isu Nilai-Nilai Murni Dan Kod Etika yang telah dijalankan di Kraftangan Malaysia. Disini ingin saya berkongsi serba sedikit maklumat mengenai isu yang disentuh ini.

a) Ceramah Agama
- Dihadiri oleh 60 orang anggota kerja, ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Amir Adili bin Mohd Noorini ini telah menyentuh mengenai penambahbaikan serta memberi kefahaman dalam perlaksanaan tugas dan kebajikan dalam bulan Ramadhan.

b) Taklimat Pementoran
- Dihadiri oleh 22 orang anggota kerja, taklimat yang disampaikan oleh Encik Muhammad Faeez bin Zakaria ini merupakan salah satu langkah awal untuk pengawalan masalah berkaitan tugas dan disiplin anggota kerja serta memberi pemahaman tentang konsep kerjasama dan berpasukan yang boleh diterapkan dalam organisasi.

c) Seminar “Kesihatan Mental Mendepani Cabaran Hidup Semasa”
- Seminar selama 2 hari yang diadakan di Institut Kefahaman Islam Malaysia dan dihadiri oleh seramai 10 orang anggota kerja ini diadakan bagi memberi semangat dan pendedahan kepada anggota kerja bagi menghadapi cabaran hidup dalam erti bekerja.

d) Ceramah Agama “Keberkatan Rezeki”
- Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Zulramli bin Mohamed Razali ini diadakan dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran didalam aspek keberkatan mencari rezeki serta rezeki-rezeki yang di berkati oleh Allah s.w.t dalam kehidupan telah dihadiri oleh seramai 60 orang anggota kerja.

e) Ceramah Agama “Riba dan Rasuah Perosak Iman”
- Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Rohaily@Rahman bin Abd Hamid ini memberi penjelasan mengenai kesedaran tentang bahaya amalan riba dan rasuah yang semakin meluas dalam pekerjaan dan boleh merosakkan iman serta cara-cara bagi mengelakkan diri dari terjebak dengan gejala ini. Ceramah ini telah dihadiri oleh seramai 60 orang anggota kerja.

f) Ceramah Agama “Konsep Bersyukur Dan Terima Kasih”
- Ceramah ini dsampaikan oleh Ustaz Nor Azamir bin Alias diadakan bertujuan untuk memupuk kesedaran dan nilai etika dalam diri serta bersyukur dalam setiap pekerjaan dan tugas yang diberikan. Seramai 95 orang anggota kerja telah menghadiri ceramah ini.

g) Kursus Biro Tatanegara (BTN)
- Kursus ini diadakan 2 peringkat iaitu
i) Pada 11-15 November 2010 di Kem Bina Negara Kuala Sentul, Maran telah dihadiri oleh 72 orang anggota kerja Kumpulan Pengurusan Profesional dan Sokongan 1; dan

ii) Pada 2-6 Disember 2010 di temat yang sama dihadiri oleh 115 orang anggota kerja Gred 17 dan ke bawah

Kursus ini diadakan bagi memberi lebih pengetahuan dan kesedaran kepada anggota kerja agar lebih cintakan negara.

Saya berharap agar anggota kerja yang telah terplilih untuk menghadiri ceramah, taklimat serta kursus ini akan memperolehi banyak input yang boleh membantu dalam kehidupan seharian serta mengaplikasikan ilmu yang dipelajari bagi membantu organisasi.

Tiada ulasan: