6 Apr 2011

TEKS UCAPAN FEBRUARI 2011

ASSALAMU’ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA MARILAH KITA MEMANJAT KESYUKURAN KE HADRAT ALLAH SWT ATAS LIMPAH KURNIA DAN KEBERKATANNYA JUA KITA DAPAT BERHIMPUN PADA PAGI INI SEMPENA MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BAGI BULAN FEBRUARI 2011.


PERHIMPUNAN KALI INI MERUPAKAN PERHIMPUNAN KHAS SEMPENA KITA BAKAL MENYAMBUT HARI KRAF KEBANGSAAN KALI KE 9 PADA 23 FEBRUARI INI HINGGA 7 MAC 2011. SEBELUM MENERUSKAN UCAPAN, SAYA INGIN MEMBAWA


SAUDARA SAUDARI


SEKALIAN KEPADA KRAF SEBAGAI SEBUAH INDUSTRI. KRAFTANGAN MALAYSIA SENTIASA MEMBERI PENEKANAN TERHADAP USAHA UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SECARA KESELURUHANNYA DENGAN MEMANTAPKAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA. USAHA PEMANTAPAN INI MENJADI PEMANGKIN KEPADA PERTUMBUHAN EKONOMI NEGARA. SAYA PERCAYA INDUSTRI KRAF YANG JUGA MERUPAKAN SALAH SATU INDUSTRI BOLEH TERUS DIPERKUKUHKAN DAN DIYAKINI SERTA DAPAT MENYUMBANG KEPADA PENDAPATAN NEGARA. SUSULAN DARI ITULAH TEMA HARI KRAF KEBANGSAAN TAHUN 2011 DI BENTUK. PEMILIHAN TEMA PADA TAHUN INI IAITU “KRAF MENJANA EKONOMI” BERTEPATAN DENGAN TRANSFORMASI EKONOMI YANG DISARAN OLEH PUCUK PIMPINAN NEGARA. SAYA MELIHAT HARI KRAF KEBANGSAAN YANG DISAMBUT SETIAP TAHUN MEMPUNYAI SIGNIFIKAN TERSENDIRI DENGAN OBJEKTIF YANG BEGITU FOKUS IAITU MENYEDIAKAN KEMUDAHAN LOGISTIK UNTUK USAHAWAN BERURUSNIAGA.


SAYA AMAT BERBANGGA PENGANJURAN HARI KRAF KEBANGSAAN INI DIJADIKAN CONTOH OLEH JABATAN-JABATAN KERAJAAN LAIN. SAUDARA SAUDARI SEKALIAN HARI KRAF KEBANGSAAN TAHUN 2011 BAKAL MEMPERLIHATKAN BEBERAPA PEMBAHARUAN DARI SEGI PENGANJURAN AKTIVITI, SUSUN ATUR DAN KEPELBAGAIAN PRODUK BARU. PERKARA-PERKARA SEBEGINILAH YANG SENTIASA DINANTI OLEH ORANG RAMAI KEPADA PENGANJURAN HARI KRAF KEBANGSAAN.


SAUDARA SAUDARI SEKALIAN


HARI KRAF KEBANGSAAN 2011 TELAH MEMASUKI EDISI KE 9, INI BERMAKNA KITA TELAH BERJAYA MENGANJURKANNYA DAN TELAH MEMATANGKAN KITA. BERMULA DENGAN HANYA 110 ORANG USAHAWAN YANG TERLIBAT PADA TAHUN 2003 KINI PENGLIBATAN USAHAWAN MENJANGKAU 500 ORANG USAHAWAN KRAF. BEGITU JUGALAH DENGAN PENCAPAIAN JUALAN PADA TAHUN 2003 KITA HANYA MAMPU MEMPEROLEHI JUALAN SEBANYAK RM0.32 JUTA DAN BAGI TAHUN 2011 KITA YAKIN DENGAN SASARAN YANG DITETAPKAN IAITU RM25 JUTA. KEJAYAAN KITA MENGANJURKAN HKK SETIAP TAHUN ADALAH BERKAT SUMBANGAN SEMUA ANGGOTA KERJA MENGGUNAKAN SEGALA KEKUATAN YANG ADA, BEKERJA BERSUNGGUH-SUNGGUH, IKLAS, BERTANGGUNGJAWAB, PRO AKTIF DAN SEMANGAT BEKERJASAMA YANG JITU. SIFAT-SIFAT INILAH YANG TELAH MEMBENTUK KEPADA PENGHASILAN KERJA YANG BERKUALITI.


SAUDARA-SAUDARI SEKALIAN


SAYA INGIN BERPESAN KEPADA SEMUA ANGGOTA KERJA UNTUK TERUS MEMBERI SUMBANGAN DENGAN MENGEKALKAN SEMANGAT KERJASAMA, DISIPLIN YANG KUAT, SENSITIF KEPADA KEADAAN DAN KEJADIAN SERTA SENTIASA MENJAGA NAMA BAIK ORGANISASI. SAYA JUGA MENYERU KEPADA SEMUA SUPAYA AGAR DAPAT MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB YANG SEMPURNA UNTUK MENJAMIN KEJAYAAN PENGANJURAN HARI KRAF KEBANGSAAN 2011. KEJAYAAN KITA MENGANJURKAN HARI KRAF KEBANGSAAN INI BUKAN SAHAJA SEMATA-MATA UNTUK MENCAPAI SASARAN JUALAN MALAH DAPAT MEMPERLIHATKAN KRAFTANGAN MALAYSIA MASIH RELEVAN PADA MASA-MASA AKAN DATANG.


SAUDARA-SAUDARI SEKALIAN


MAJLIS PERASMIAN HKK TAHUN INI AKAN DISEMPURNAKAN OLEH YANG AMAT BERBAHAGIA PUAN SRI DATIN HAJAH NOORAINEE ABDUL RAHMAN, ISTERI TIMBALAN PERDANA MENTERI PADA 24 FEBRUARI 2011 JAM 10.30 PAGI. SAYA PERCAYA PERSIAPAN RAPI TELAH DISUSUN UNTUK MENYAMBUT TETAMU KITA YANG AKAN HADIR NANTI. MAJLIS PERASMIAAN INI DILIHAT SEBAGAI ACARA KEMUNCAK YANG AKAN MENCAMBAHKAN TARIKAN PENGUNJUNG KE HKK 2011. OLEH ITU SAMA-SAMA LAH KITA BERGANDING BAHU MENJAYAKAN MAJLIS PERASMIAN INI.


SAUDARA SAUDARI SEKALIAN


SEKALI LAGI SAYA INGIN BERPESAN KEPADA SEMUA MARILAH KITA BEKERJA BERSUNGGUH-SUNGGUH DENGAN SEMANGAT YANG HARMONI DEMI MENCAPAI KEJAYAAN PENGANJURAN HKK KE 9 SETERUSNYA MENEPATI SASARAN YANG DITETAPKAN. SEKIAN DAHULU UNTUK PERHIMPUNAN KALI INI, SELAMAT MENJALANKAN TUGAS DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI KRAF KEBANGSAAN KE 9



WASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.


TERIMA KASIH.

Tiada ulasan: