14 Apr 2011

PENYALAHGUNAAN KEMUDAHAN INTERNET

Trend terkini masyarakat menggunakan internet sebagai medium untuk mencapai maklumat serta berhubung. Penggunaan internet ini ternyata amat berkesan, mudah dan cepat dalam segala tindakan. Oleh yang demikian saya amat mengambil berat terhadap penggunaan internet terutamanya laman sosial secara berhemah. Laman sosial yang dikenalpasti popular masa kini adalah facebook dan twiter. Penggunaan laman sosial ini ke jalan kebaikan akan memberi faedah kepada semua pihak. Salah satu gejala yang perlu dielakkan adalah menggunakan laman sosial ini di waktu pejabat. Mungkin ada yang memandang ringan ke atas perkara ini. Sedar atau tidak penggunaan laman sosial ini di waktu pejabat akan menyebabkan pelanggan kita yang ingin melayari portal rasmi Kraftangan Malaysia menghadapi masalah lambat untuk mengakses maklumat. Penggunaan ini menjadikan talian masuk akses akan terganggu. Di samping itu masa yang diperuntukkan untuk berkerja tidak seharusnya digunakan untuk kepentingan peribadi. MAMPU telah mengeluarkan garis panduan penggunaan laman sosial ini. Jadi, patuhi garis panduan yang ditetapkan.


(A) PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB MENGENDALIKAN LAMAN WEB MEDIA SOSIAL AGENSI (
(1) Memastikan kandungan yang tidak bercanggah dengan dasar Kerajaan;

(2) Menjadikan laman web jaringan sosial sebagai media dalam mempromosi dan memberi publisiti kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan Kerajaan;

(3) Memastikan kandungan dan kesesuaiannya serta yang mempunyai kepentingan untuk dimaklumkan kepada orang awam;

(4) Memastikan kekerapan pengemaskinian maklumat dan memastikan ia relevan;

(5) Menghapuskan kandungan dan maklumat yang diterima dari orang awam yang tidak relevan dengan aktiviti agensi;

(6) Memastikan pautan dan kandungan antara laman web jaringan sosial dan laman web rasmi agensi hendaklah jelas dan tidak bertindih;

(7) Menggunakan logo rasmi agensi di dalam laman web jaringan sosial;

(8) Menggunakan e-mel rasmi di dalam profil laman web jaringan sosial;

(9) Menggunakan foto dan/atau video yang dapat memperjelaskan mesej yang hendak disampaikan dalam keadaan yang bersesuaian;

(10) Memasukkan penerangan terhadap foto dan/atau video yang digunakan bagi membantu carian oleh pengguna;

(11) Menggunakan perkataan hak cipta terpelihara pada semua kandungan foto dan/atau video;

(12) Menggunakan ayat yang ringkas, padat, tepat dan jelas maksudnya; dan

(13) Menyediakan penyataan penafian ( disclaimer ) terhadap sebarang kerosakan sekiranya dialami oleh pengguna semasa menggunakan laman web jaringan sosial.


(B) PENGGUNA DI AGENSI

(14) Mencapai laman web jaringan sosial yang hanya berkaitan dengan urusan rasmi agensi pada waktu pejabat;

(15) Menggunakan ayat yang lengkap dan jelas maksudnya;

(16) Tidak memaparkan isu-isu sensitif seperti agama, politik dan perkauman serta yang berunsur fitnah atau hasutan;

(17) Tidak memaparkan kenyataan-kenyataan yang boleh menjejaskan imej Kerajaan; dan

(18) Tidak menggunakan laman web jaringan sosial untuk mengaibkan individu tertentu.

(C) PENTADBIR RANGKAIAN

(19) Memastikan pengurusan content filtering sentiasa berfungsi dalam menapis capaian ke laman web jaringan sosial yang tiada kaitan dengan kegunaan rasmi agensi; dan

(20) Memantau serta menganalisis transaksi capaian pengguna agensi ke atas laman web jaringan sosial luar agar tidak mengganggu prestasi rangkaian di agensi.






Tiada ulasan: