29 Apr 2011

SELAMAT HARI PEKERJA




Tema “Pekerja Merealisasi Transformasi Negara” dipilih sebagai penghormatan kepada warga pekerja seluruh Malaysia. Antara sikap yang harus diamalkan di dalam sesebuah organisasi adalah bersikap jujur dan amanah, sukakan hubungan yang harmoni dengan ketua atau dengan pekerja lain, hormat menghormati dan ada sikap tolak ansur, atau menggunakan budi bicara dalam perkara tertentu kerana ia mampu mewujudkan suasana yang kondusif di tempat kerja mahupun di luar tempat kerja.

Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga kerja Kraftangan Malaysia yang telah bersama-sama menggembling tenaga dan berkongsi idea dalam memajukan industri kraf negara.

Kepada warga kerja yang ingin pulang ke kampung halaman sempena cuti ini, ingin saya ingatkan supaya berhati-hati ketika memandu. Berhenti rehat sekiranya penat. Semoga cuti umum ini juga dinikmati dengan sebaik mungkin dan pulang semula ke tempat kerja dengan semangat yang baru. InsyaAllah.

Selamat Hari Pekerja kepada semua warga kerja Kraftangan Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia.

Tiada ulasan: