ALHAMDULILLAH, BERSYUKUR KITA KE HADRAT ALLAH SWT KERANA DENGAN LIMPAH DAN RAHMATNYA DAPAT KITA BERTEMU SEKALI LAGI YANG MENGHIMPUNKAN WARGA KRAFTANGAN MALAYSIA DALAM MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BAGI BULAN DISEMBER 2009.
SAYA MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1431 HIJRAH YANG JATUH PADA HARI JUMAAT 18 DISEMBER YANG LALU. BERSAMA-SAMALAH KITA MENGAMBIL IKTIBAR DARI PERISTIWA HIJRAH RASULLULAH S.A.W DARI MEKAH KE MADINAH DAN MENTERJEMAHKANNYA DALAM ERTI KONSEP BEKERJA.
SAYA INGIN MERAKAMKAN UCAPAN SETINGGI TAHNIAH KEPADA ANGGOTA KERJA KRAFTANGAN MALAYSIA YANG TELAH TERPILIH UNTUK MENJADI TETAMU ALLAH BAGI MENUNAIKAN RUKUN ISLAM YANG KELIMA PADA TAHUN INI. KEPULANGAN MEREKA KE TANAH AIR DINANTI DAN DIIRINGI DENGAN DOA AGAR SEMUANYA SELAMAT DALAM PERJALANAN PULANG.
SAYA TURUT MENGAMBIL PELUANG MERAKAMKAN UCAPAN TAHNIAH KEPADA ANGGOTA KERJA YANG MENERIMA MENANTU, CAHAYAMATA SERTA CUCU. UCAPAN TAHNIAH JUGA DIUCAPKAN KEPADA KAKITANGAN YANG TELAH DAN AKAN MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN PADA DISEMBER INI. DALAM GEMBIRA, PASTI ADA YANG BERDUKA. BAGI ANGGOTA KERJA YANG DIUJI DENGAN KEHILANGAN ORANG TERSAYANG, TAKZIAH DIUCAPKAN. SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS MEREKA DAN SEMOGA MEREKA DITEMPATKAN BERSAMA DENGAN HAMBANYA YANG SOLEH. AMIN.
MASYARAKAT BERINOVASI, NEGARA BERKUALITI” ITULAH TEMA HARI KUALITI 2009 KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN (KPKK) YANG MENGGAMBARKAN ASPIRASI KPKK DALAM MELAKSANAKAN SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM YANG MENEPATI INITIPATI GAGASAN 1MALAYSIA. MALAH TAHUN INI LEBIH BERERTI LAGI KERANA KITA MERAYAKAN SAMBUTANNYA DI KRAFTANGAN MALAYSIA PADA 25 NOVEMBER YANG LALU DAN DIRASMIKAN OLEH YANG BERHORMAT DATO’ SERI UTAMA DR. RAIS YATIM, MENTERI PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN.
DALAM UCAPAN, BELIAU MENYERU AGAR PENJAWAT AWAM MENERAPKAN NILAI KREATIVITI DAN INOVASI. INI MEMANDANGKAN KUALITI PERIBADI PENJAWAT AWAM MEMAINKAN PERANAN PENTING SERTA MEMBERI IMPAK KEPADA KUALITI SEKTOR AWAM. PROSES KERJA SEDIA ADA PERLU DIKAJI DARI MASA KE SEMASA UNTUK MEMPERBAIKI KELEMAHAN DAN MEMBUAT PENAMBAHHBAIKAN SESUAI DENGAN PEREDARAN MASA DAN KEHENDAK PELANGGAN.
SELAIN ITU, YANG BERHORMAT MENTERI MENEKANKAN MENGENAI STRATEGI MENDEPANI CABARAN. SEMUA PIHAK PERLU MELAKUKAN PERUBAHAN DARI SEGI MENTAL, FIZIKAL, KETAHANAN DIRI, SIKAP DAN KEMAHUAN UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN.
TURUT DIINGATKAN MENGENAI BUDAYA KERJA SIHAT. KECEMERLANGAN SESEBUAH ORGANISASI ADALAH BERGANTUNG KEPADA BUDAYA KERJA YANG SIHAT BERLANDASKAN ETIKA MORAL DAN INTEGRITI YANG TINGGI. AMALAN BUDAYA BUDI BAHASA DAN NILAI-NILAI MURNI DALAM SETIAP PERBUATAN TUTUR KATA DAPAT MENGERATKAN LAGI HUBUNGAN ANTARA KAKITANGAN.
KOMITMEN DAN SOKONGAN DARIPADA SEMUA WARGA KPKK DAN AGENSI PERLU DIMANTAPKAN AGAR PELAKSANAAN SEMUA AKTIVITI YANG DIRANCANG AKAN MENCAPAI KUALITI YANG LEBIH CEMERLANG DAN MENEPATI PIAWAIAN YANG DITETAPKAN.
SAYA MENGUCAPKAN TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA ORGANISASI INI YANG TELAH MEMENANGI TIGA DARI LAPAN ANUGERAH YANG DIPERTANDINGKAN. ANUGERAH-ANUGERAH INI AMAT BERMAKNA BAGI KRAFTANGAN MALAYSIA KERANA INILAH JULUNG-JULUNG KALINYA IA DIADAKAN. KITA JUGA TELAH MEMENAGI TEMPAT KETIGA BAGI KATEGORI GERAI TERBAIK.
TIRAI 2009 SUDAH SAMPAI KE PENGHUJUNGNYA. PELBAGAI AKTIVITI TELAH KITA LAKSANAKAN DAN SAYA MENYERU AGAR KITA SEMUA TIDAK MUDAH BERPUAS HATI DAN MENYEMAK SEMULA AKTIVTI YANG DILAKSANAKAN SAMA ADA TELAH MENCAPAI MATLAMAT DAN OBJEKTIF MEMAJUKAN INDUSTRI KRAF NEGARA.
SEBAGAIMANA SAUDARA SAUDARI KETAHUI, KPI UTAMA KRAFTANGAN MALAYSIA ADALAH HASIL YANG DIPEROLEHI MELALUI JUALAN KRAF. SASARAN SEJUMLAH RM80 JUTA DITETAPKAN UNTUK DICAPAI. SEHINGGA 21 DISEMBER 2009 KITA TELAH MENCAPAI JUALAN KESELURUHAN SEJUMLAH RM90 JUTA. INI BERMAKNA KRAFTANGAN MALAYSIA TELAH MENCAPAI INDEKS KPI YANG DITETAPKAN.
BULAN DISEMBER INI KITA MENGAKHIRI 2009 DENGAN AKTIVITI JUALAN KRAF SATU DAERAH SATU INDUSTRI YANG BERMULA PADA 17 HINGGA 21 DISEMBER YANG LALU. JUALAN KRAF SATU DAERAH SATU INDUSTRI TELAH MEMPEROLEHI JUALAN SEJUMLAH RM961,078.56 DENGAN PENYERTAAN SERAMAI 144 ORANG USAHAWAN. DI SAMPING ITU JUALAN KRAF PADA PENYERTAAN SHOWCASE SATU DAERAH SATU INDUSTRI 2009 DI MITC MELAKA TELAH MEMPEROLEHI JUALAN SEJUMLAH RM165,000.00 DAN PERTANYAAN SEJUMLAH RM115,503.00. SHOWCASE YANG BERMULA PADA 11 HINGGA 13 DISEMBER LALU DISERTAI SERAMAI 45 ORANG USAHAWAN. KRAFTANGAN MALAYSIA TELAH MEMENANGI TEMPAT KEDUA PAVILION TERBAIK.
TERIMA KASIH DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA ANGGOTA KERJA YANG TELAH BERTUNGKUS LUMUS MENJAYAKAN JUALAN KRAF SATU DAERAH SATU INDUSTRI, PROMOSI KRAF LANGKAWI, SHOWCASE SDSI MITC MELAKA DAN LAIN-LAIN PROGRAM BERSAMA KEMENTERIAN.
SAUDARI SAUDARI SEKELIAN,
SAYA MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA SEMUA WARGA KRAFTANGAN MALAYSIA ATAS USAHA MELAKSANAKAN AKTIVITI BAGI TAHUN INI DALAM SUASANA YANG HARMONI DAN SEMANGAT KERJASAMA. SAYA MENYERU KERJASAMA SEBEGINI DIKEKALKAN DAN KALOBRASI DI ANTARA BAHAGIAN, CAWANGAN DAN ANGGOTA KERJA AMAT PENTING BAGI MEMASTIKAN SETIAP AKTIVITI YANG DIRANCANG DAPAT DILAKSANAKAN DENGAN SEMPURNA.
PELBAGAI AKTIVITI TELAH DILAKSANAKAN OLEH BAHAGIAN-BAHAGIAN SEPANJANG BULAN NOVEMBER DAN DISEMBER 2009.
DI BAWAH BAHAGIAN PASARAN DAN PROMOSI, BEBERAPA AKTIVITI TELAH DILAKSANAKAN MENGIKUT PERANCANGAN TAHUNAN 2009 :-
KRAFTANGAN MALAYSIA TELAH MENGADAKAN PROMOSI PUSAT MEMBELI-BELAH DI GREAT EASTERN MALL, KUALA LUMPUR, DENGAN TEMA “BELI KRAF MALAYSIA” PADA 5-16 NOVEMBER 2009SERAMAI 19 ORANG USAHAWAN KRAF DARI PELBAGAI BIDANG TELAH MENYERTAI PROMOSI INI. JUALAN KESELURUHAN YANG DIPEROLEHI ADALAH SEBANYAK RM 338, 326.40 (TIGA RATUS TIGA PULUH LAPAN RIBU, TIGA RATUS DUA PULUH ENAM RINGGIT DAN EMPAT PULUH SEN)
MANAKALA DI KOMPLEKS KRAF LANGKAWI PULA BAZAR KRAF LANGKAWI TELAH DIADAKAN PADA 1 HINGGA 9 DISEMBER 2009.
DI BAWAH UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA, BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN SATU PEKELILING BIL. 24 TAHUN 2009 TELAH DIKELUARKAN, KERAJAAN TELAH MEMUTUSKAN PEMBERIAN BANTUAN KHAS KEWANGAN SEBANYAK RM500.00 KEPADA PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. PEMBAYARAN DIBUAT MELALUI GAJI BULAN DISEMBER 2009.
PIHAK PENGURUSAN KRAFTANGAN JUGA TELAH MELAKSANAKAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA FLEKSI KEPADA KUMPULAN SOKONGAN PERKHIDMATAN YANG TELAH BERKHIDMAT 15 TAHUN KE ATAS. SERAMAI 47 ORANG PEGAWAI DAN ANGGOTA KERJA YANG BERKELAYAKAN MENERIMA PERLANTIKAN INI BERKUATKUASA PADA 1 JULAI 2009. TAHNIAH DIUCAPKAN.
SELAIN ITU, PELBAGAI KURSUS, BENGKEL DAN CERAMAH TELAH DIADAKAN SEPANJANG BULAN NOVEMBER DAN DISEMBER BERTUJUAN MEMPERLENGKAPKAN KAKITANGAN KITA DENGAN ILMU PENGETAHUAN DALAM MENGHADAPI SUASANA KERJA.
BAGI SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HRMIS) AKAN DILAKSANAKAN SEPENUHNYA KEPADA ANGGOTA KERJA PERKHIDMATAN AWAM. SALAH SATU MODUL HRMIS ADALAH PENGURUSAN CUTI SECARA “ON-LINE”. PIHAK PENGURUSAN DALAM PROSES PELAKSANAAN PENGUJIAN KEPADA SEMUA ANGGOTA KERJA DI BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN, SEBELUM IA DILAKSANAKAN SEPENUHNYA KEPADA SEMUA WARGA KRAFTANGAN MALAYSIA.
DI BAWAH BAHAGIAN USAHAWAN, BENGKEL ORIENTASI PENGELUARAN PERABOT BULUH DI PUSAT INKUBATOR KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN TELAH BERLANGSUNG PADA 9 HINGGA 13 NOVEMBER 2009. SERAMAI 27 ORANG PESERTA TELAH MELAPOR DIRI UNTUK MENJAYAKAN BENGKEL TERSEBUT. DUA ORANG TENAGA PAKAR DIDATANGKAN KHAS DARI INDONESIA UNTUK MEMBERI TUNJUK AJAR KEPADA PESERTA DALAM BENGKEL TERSEBUT.
BAHAGIAN TEKNIKAL TELAH MELAKSANAKAN, BENGKEL PENGGUNAAN PIAWAIAN BATIK MS 692:2006 DI KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN KELANTAN PADA 17 NOVEMBER 2009. SERAMAI 50 ORANG USAHAWAN BATIK DARI PAHANG, TERENGGANU, KELANTAN DAN SABAH TELAH MENGIKUTI PROGRAM INI. BENGKEL PENERANGAN PIAWAIAN MALAYSIA MS 1747 TEKSTIL TENUNAN MALAYSIA BAHAGIAN SATU (1) JUGA TELAH DIADAKAN DI KRAFTANGAN CAWANGAN TERENGGANU PADA 13 DISEMBER, DENGAN KERJASAMA SIRIM DAN JABATAN STANDARD MALAYSIA.
DI BAWAH BAHAGIAN PEMULIHARAAN, TELAH BERLANGSUNG KEMBARA KRAF WARISAN 2009 PADA 21 HINGGA 25 NOVEMBER 2009 YANG LALU. IA MELIBATKAN DUA (2) KUMPULAN PESERTA IAITU PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DARI DAERAH KUALA KANGSAR SERAMAI 32 ORANG. MEREKA TELAH DIDEDAHKAN DENGAN SENI PEMBUATAN KRAF ANYAMAN ROTAN BERTEMPAT DI KAMPUNG LONEK, JEMPOL, NEGERI SEMBILAN. MANAKALA PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DARI DAERAH JELEBU SERAMAI 31 ORANG DIDEDAHKAN DENGAN SENI PEMBUATAN LABU SAYONG BERTEMPAT DI KAMPUNG SAYONG, KUALA KANGSAR, PERAK.
BERSEMPENA DENGAN BAKAL KETIBAAN TAHUN BARU 2010, MARILAH KITA SAMA-SAMA BERAZAM BAGI MEMPERTINGKATKAN LAGI PRODUKTIVITI KERJA. ADALAH RUGI DALAM ERTIKATA SEBENARNYA, JIKA TIADA PERUBAHAN ATAU PENINGKATAN DARI APA YANG TELAH KITA USAHAKAN PADA HARI INI BERBANDING DENGAN APA YANG TELAH KITA LAKUKAN SEBELUMNYA.
BERBEKALKAN SEMANGAT BARU, MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MEMPERKUATKAN KERJASAMA DAN MENGEMBLENG TENAGA MENJALANKAN KEWAJIPAN KEPADA ORGANISASI DAN INDUSTRI. SAMA-SAMALAH KITA BERDOA KE HADRAT ALLAH SUBHANAHU WATAALA SEMOGA PERJUANGAN KITA AKAN SENTIASA DIBERKATI DAN DILINDUNGINYA.
AKHIR KATA SAYA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG HADIR PADA PERHIMPUNAN PAGI BULAN DISEMBER DAN YANG TERAKHIR BAGI TAHUN 2009. SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010.
WABILLAHITAUFIK WASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH WABARAKATUH.
SEKIAN, TERIMA KASIH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan