19 Mac 2010

UCAPAN PENGHARGAAN SEMPENA HKK 2010

Assalamualaikum W.B.T, salam sejahtera dan salam 1Malaysia,

Terlebih dahulu, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, Hari Kraf kebangsaan 2010 yang berlangsung dari 24 Februari hingga 8 Mac 2010 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur telah berakhir dengan jayanya. Jualan HKK 2010 juga telah berjaya memperoleh sebanyak RM20,567,153.55 dan jumlah kedatangan pengunjung seramai 84,836 orang.

Terima kasih kepada semua anggota kerja yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memastikan kelancaran sepanjang promosi ini berlangsung. Semangat kerjasama berpasukan dari anda semua amatlah dihargai. Tidak dinafikan, dengan adanya program seperti ini, dapat mengeratkan lagi silaturahim di kalangan warha kerja Kraftangan Malaysia. Pada ketika inilah, anggota kerja dapat berkumpul beramai ramai, bertanya khabar di antara satu sama lain serta berkenalan, dalam suasana penuh muhibbah dan semangat kerjasama di kalangan pegawai dan kakitangan yang berkhidmat samada di Ibu pejabat mahupun Cawangan.

Promosi berterusan juga sedang berlangsung di Pusat Beli Belah seperti di AEON Jusco Alpha Angle, Great Eastern Mall dan Central Market dari 9 hingga 24 Mac 2010. Selain itu, promosi di hotel-hotel sekitar Kuala Lumpur seperti JW Marriot, Prince Hotel & Residence, Hotel Istana, Hotel Hilton Petaling Jaya, The Royale Chulan, Grand Season, Best Western Premier Seri Pacific pada 13 hingga 24 Mac 2010 ini telah membawa produk kraf kita ke taraf yang lebih tinggi.

Ucapan terima kasih tidak terhingga juga kepada semua agensi
yang terlibat dalam menyempurnakan lagi program ini.Sesungguhnya tanpa kerjasama semua adalah mustahil sesebuah program dapat dilaksanakan dengan lancar.

Tiada ulasan: