26 Mei 2010

AMANAT PADA PERHIMPUNAN PAGI BULAN MEI 2010

ASSALAMU’ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

SYUKUR KE HADRAT ALLAH SUBHANAWATA’ALA DENGAN IZIN DAN LIMPAH KURNIANYA DAPAT KITA BERKUMPUL PADA PAGI INI DI PERHIMPUNAN BULAN MAC, APRIL DAN MEI 2010 SETELAH SEKIAN LAMA PERHIMPUNAN BULANAN TERTANGGUH DI ATAS SEBAB BEBERAPA PERKARA YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA ANGGOTA KERJA DAPAT MELUANGKAN MASA PADA PERHIMPUNAN KALI INI.

SAUDARA SAUDARI SEKALIAN

SYUKUR ALHAMDULILLAH FESTIVAL HARI KRAF KEBANGSAAN YANG DIANJURKAN DI KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR SEMPENA HARI KRAF KEBANGSAAN BAGI TAHUN 2010 TELAH BERJAYA KITA LAKSANAKAN DALAM SUASANA YANG HARMONI. HARI KRAF KEBANGSAAN YANG DIADAKAN BARU-BARU INI SELAMA 13 HARI TELAH BERJAYA MENCATATKAN JUALAN SEJUMLAH RM20,567,153.55 JUTA. JUMLAH INI JAUH MELEPASI SASARAN YANG DI TETAPKAN IAITU SEBANYAK RM11,733,966.96 JUTA. JUMLAH INI JUGA MENUNJUKKAN PENINGKATAN SEBANYAK 75%.
MAJLIS PERASMIAN HKK 2010 TELAH DIRASMIKAN PADA 25 FEBRUARI 2010 OLEH YANG AMAT BERBAHAGIA DATIN PADUKA SERI ROSMAH MANSOR, ISTERI YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI MALAYSIA. DALAM UCAPAN BELIAU, PADA MAJLIS PERASMIAN TERSEBUT YANG BERBAHAGIA DATIN PADUKA SERI TELAH MENUNJUKKAN SOKONGAN PADU DENGAN MENGGESA SEMUA PEMBESAR NEGARA, AHLI-AHLI KORPORAT SERTA RAKYAT AMNYA MENGUTAMAKAN PEMAKAIAN BAJU BATIK, TENUN DAN SONGKET TEMPATAN SEMASA MENGHADIRI MAJLIS-MAJLIS RASMI.

DISAMPING ITU JUGA, BELIAU TURUT MENGGESA TANGGUNGJAWAB UNTUK MEMPROMOSIKAN PRODUK KRAF TEMPATAN DIGALAS BERSAMA OLEH PELBAGAI PIHAK BAIK KERAJAAN MAHUPUN SWASTA.

AMANAT YANG DIUTARAKAN OLEH YANG BERBAHAGIA DATIN PADUKA SERI SEBAGAI ISTERI ORANG NOMBOR SATU NEGARA MERUPAKAN PEMANGKIN KEPADA PEMBANGUNAN DAN PERKEMBANGAN INDUSTRI KRAF TEMPATAN.

SOKONGAN PADU INI SEHARUSNYA MENJADI SEMANGAT BARU KEPADA KITA SEMUA SEBAGAI WARGA KRAFTANGAN MALAYSIA UNTUK BEKERJA DENGAN LEBIH KUAT MEMIKUL TANGGUNGJAWAB UNTUK KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN INDUSTRI KRAF.

PADA BULAN APRIL YANG LALU IAITU PADA 10,11 DAN 13 APRIL KRAFTANGAN MALAYSIA TERLIBAT DALAM PROGRAM FACES OF IMALAYSIA DI WASHINGTON AMERIKA SYARIKAT. KRAFTANGAN MALAYSIA TERLIBAT DI DALAM PENYEDIAAN HIASAN DAN KECERIAAN, PERAGAAN FESYEN DAN DEMONSTRASI DALAM TIGA BIDANG KRAF IAITU BATIK, TEKATAN DAN PEMBUATAN WAU. MALAYSIA TELAH MEMBERI PERSEMBAHAN YANG TERBAIK PADA MALAM GALA YANG DIADAKAN DI HOTEL MANDARIN ORIENTAL, WASHINGTON.

BERMULA 1 MEI YANG LALU KRAFTANGAN MALAYSIA MELALUI KARYANEKA TERLIBAT DALAM MEMPROMOSIKAN PRODUK KRAF WORLD EXPO DI SHANGHAI CHINA. AKTIVITI INI AKAN BERLANGSUNG SELAMA 6 BULAN DAN AKAN BERAKHIR PADA OKTOBER 2010. DI SAMPING ITU DEMONSTRASI BATIK DAN PERAK FILIGREE TURUT DIPERTONTONKAN KEPADA PENGUNJUNG WORLD EXPO. INI MERUPAKAN KALI KEDUA PENYERTAAN KRAFTANGAN MALAYSIA DALAM WORLD EXPO SETELAH DIADAKAN DI ZARAGOZA SPAIN PADA TAHUN 2008.

SAUDARA SAUDARI SEKELAIAN

SAYA MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN MALAM TENUN PAHANG DIRAJA YANG DIADAKAN PADA 8 MEI 2010 YANG LALU. SEPERTIMANA SAUDARA SAUDARI SEDIA MAKLUM MAJLIS INI DIHADIRI OLEH YANG AMAT BERHORMAT DATUK SERI NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK DAN DATIN SERI ROSMAH MANSOR.
UNTUK MAKLUMAN SAUDARA SAUDARI JUGA KRAFTANGAN MALAYSIA SERING DIPILIH SEBAGAI VENUE UNTUK MENGADAKAN AKTIVITI-AKTIVITI DI PERINGKAT KEMENTERIAN. PADA 3 DAN 4 MEI YANG LALU KEMENTERIAN TELAH MENGADAKAN MESYUARAT JAWATANKUASA BERSAMA DALAM BIDANG PENERANGAN DAN KOMUNIKASI (JCICM) DI ANTARA REPUBLIK INDONESIA DAN MALAYSIA. KITA SEBAGAI WARGA KRAFTANGAN PATUT BERBANGGA DI ATAS PENGANJURAN PROGRAM PERINGKAT ANTARABANGSA DIADAKAN DI KRAFTANGAN MALAYSIA.

SAUDARA SAUDARI SEKELIAN

MAJLIS PERDANA PERKHIDMATAN AWAM KE-11 (MAPPA) TELAH DIADAKAN PADA 9 MAC 2010 DI PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA, PUTRAJAYA. PADA MAJLIS INI YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI TELAH MEMBERI AMANAT YANG BERTEMA “MEMETA WAWASAN MELAKSANA AMANAH”.

AMANAT INI TELAH MENGGARISKAN DUA PRINSIP PENTING KEPADA PENTADBIRAN IAITU KEHIDUPAN RAKYAT YANG LEBIH BAIK DAN MENGGERAKKAN EKONOMI NEGARA DAN MELETAKKANNYA KEMBALI ATAS LANDASAN PERTUMBUHAN YANG SIHAT SERTA MAMPAN. PRINSIP INI DIDOKONG DENGAN EMPAT TIANG UTAMA IAITU :-

• GAGASAN 1MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
• MEMIKUL TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH DENGAN PELAKSANAAN PANTAS, TEPAT DAN BERKESAN
• MODEL BARU EKONOMI DAN
• RANCANGAN MALAYSIA KESEPULUH.

EMPAT TIANG INI DIDOKONG DENGAN EMPAT NILAI ASAS IAITU:-
• MEMBUDAYAKAN KREATIVITI DAN INOVASI
• MEMENTINGKAN KEPANTASAN BERTINDAK DAN MEMBUAT KEPUTUSAN
• NILAI UNTUK WANG DAN
• NILAI INTEGRITI.

EMPAT TIANG UTAMA DAN EMPAT NILAI INI MENJADI PELENGKAP KEPADA LAPAN TONGGAK PENTADBIRAN KERAJAAN DAN SAYA BERHARAP IA AKAN MEMANDU KITA SEMUA SEBAGAI PENJAWAT AWAM KE ARAH MENENTUKAN CITA-CITA DAN HASRAT PEMBANGUNAN INDUSTRI KRAF.

SAUDARA SAUDARI SEKALIAN

SEBAGAI PENJAWAT AWAM, SAYA MENYERU SEMUA WARGA KRAFTANGAN AGAR MEMATUHI SEGALA PERATURAN DAN JUGA INTEGRITI DIRI DEMI MENJAGA NAMA BAIK DIRI DAN ORGANISASI. JABATAN PERKHIDMATAN AWAM BARU-BARU INI TELAH MENGELUARKAN LARANGAN TERLIBAT DALAM PERHIMPUNAN HARAM DAN GERAKAN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG. ANTARA PERKARA YANG DIGARISKAN SEBAGAI PANDUAN ADALAH :-

• PENGLIBATAN AKTIF DI LUAR MASA BEKERJA
• MENGGUNAKAN MASA PEJABAT DAN MENINGGALKAN PEJABAT UNTUK MELIHAT DAN MENYERTAI PERHIMPUNAN DAN
• MENGGUNAKAN PERALATAN PEJABAT SEPERTI MESIN CETAK, MESIN PENYALIN, KOMPUTER UNTUK MENCETAK DAN MENGEDAR RISALAH BERKAITAN PERHIMPUNAN HARAM
SAUDARA SAUDARI SEKALIAN

SEBELUM MENGAKHIRI UCAPAN PADA PAGI INI SAYA INGIN MENGINGATKAN SELEPAS AKTIVTI HARI KRAF KEBANGSAAN DAN AKTIVITI-AKTIVITI LAINNYA KITA BAKAL MENGADAKAN PROMOSI KERJA KAHWIN YANG AKAN BERLANGSUNG SELAMA 13 HARI BERMULA PADA 23 JUN HINGGA 5 JULAI 2010. MAJLIS PERASMIAN PROMOSI KERJA KAHWIN INI AKAN DIADAKAN PADA 24 JUN 2010. OLEH YANG DEMIKIAN SAYA MENYERU AGAR MULA PERSIAPAN DARIPADA SEKARANG UNTUK MENGELAKKAN PERSIAPAN DISAAT AKHIR YANG AKAN MELIBATKAN PERTAMBAHAN KOS. KEPADA SEMUA BERILAH KERJASAMA YANG PADU, KERJA BERPASUKAN DAN TUMPUKAN SEPENUH PERHATIAN KEPADA TUGASAN YANG DIBERIKAN UNTUK ORGANISASI KITA.

SEKIAN DAHULU UNTUK PERHIMPUNAN KALI INI DAN SELAMAT MENJALANKAN TUGAS.

WASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.


TERIMA KASIH.

Tiada ulasan: