TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH
DI PERHIMPUNAN BULANAN
DI AMPHITHEATRE KRAFTANGAN MALAYSIA
BANGUNAN SERI UTAMA, KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR
TARIKH
17 JUN 2010(KHAMIS)/ 8.15 PAGI
BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM
TERIMA KASIH PENGERUSI MAJLIS,
YANG BERUSAHA
ENCIK RAMLI MOHD NOOR,
TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI)
TUAN HAJI SHAHRUDIN MOHD NOR,
TIMBALAN KETUA PENGARAH (PEMBANGUNAN),
PENGARAH-PENGARAH BAHAGIAN,
PENGARAH INSTITUT KRAF NEGARA
PENGURUS BESAR KARYANEKA SDN. BHD,
PENGURUS KRAF HOLDING SDN. BHD.
DAN WARGA KRAFTANGAN SEMUA
ASSALAMU’ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA
SYUKUR KITA KE HADRAT ALLAH SUBHANAWATA’ALA DENGAN IZIN DAN LIMPAH KURNIANYA DAPAT KITA BERKUMPUL PADA PAGI INI DI PERHIMPUNAN BULAN JUN, 2010. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA ANGGOTA KERJA DAPAT MELUANGKAN MASA PADA PERHIMPUNAN KALI INI.
SAUDARA SAUDARI SEKALIAN
TANPA KITA SEDARI, KITA TELAH BERADA DI PERTENGAHAN BULAN JUN 2010 DAN INI BERMAKNA KITA TELAH MEMASUKI PERTENGAHAN TAHUN 2010. SAYA MENYARANKAN AGAR SEMUA BAHAGIAN DAN ANGGOTA KERJA MELIHAT SEMULA PERANCANGAN KERJA TAHUNAN YANG TELAH DITETAPKAN BAGI TAHUN 2010. BAGI KERJA-KERJA YANG TELAH DISUSUN PASTIKAN IA BENAR-BENAR TERLAKSANA MENGIKUT APA YANG DIRANCANG.
SEPERTIMANA SAUDARA SAUDARI SEDIA MAKLUM KPI KRAFTANGAN MALAYSIA BAGI TAHUN INI ADALAH UNTUK MENCAPAI JUALAN SEBANYAK RM100 JUTA. SEHINGGA BULAN MEI 2010, ALHAMDULLILAH KITA TELAH MENCAPAI RM77,444,117.94 IAITU SEBANYAK 77.44% DAN KITA PERLU BEKERJA DENGAN LEBIH KERAS LAGI BAGI MENCAPAI 100 PERATUS KPI ATAU LEBIH PADA AKHIR TAHUN INI.
DIKESEMPATAN INI SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA TIMBALAN MENTERI KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN YANG BARU IAITU YANG BERHORMAT SENATOR DATUK MAGLIN DENNIS D’CRUS MENGGANTIKAN YANG BERHORMAT SENATOR PUAN HENG SEAI KIE YANG BERPINDAH KE KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT.
PADA 9 HARIBULAN YANG LALU KRAFTANGAN MALAYSIA TELAH MENGADAKAN MALAM MESRA MEDIA YANG TURUT DIHADIRI OLEH YANG BERBAHAGIA DATUK WIRA KAMARUDDIN SIARAF, KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN. DATUK WIRA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENGAMAL MEDIA YANG TELAH MEMBERI LIPUTAN MELUAS SEMPENA HARI KRAF KEBANGSAAN YANG LALU DAN JUGA AKTIVITI-AKTIVITI ANJURAN KRAFTANGAN MALAYSIA.
SAUDARA SAUDARI SEKELIAN
SELARAS DENGAN SARANAN KERAJAAN MENGGALAKAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI ICT, KRAFTANGAN MALAYSIA TERUS MEMPERLUASKAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT BAGI MEMBANTU JENTERA PENTADBIRAN. PADA 15 HINGGA 17 JUN BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT BERSAMA UNIT LATIHAN, BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN MENGADAKAN LATIHAN PENGGUNAAN SISTEM LATIHAN DAN BENGKEL SECARA ONLINE. BERMULA 1 JULAI 2010 SEMUA KAKITANGAN BOLEH MEMOHON MENGHADIRI KURSUS DAN BENGKEL SECARA ONLINE.
PADA 1 JUN YANG LALU SERAMAI 25 ORANG KAKITANGAN LANTIKAN BARU TELAH MELAPOR DIRI UNTUK BERKHIDMAT SEBAGAI PENJAWAT AWAM DAN ANGGOTA KRAFTANGAN MALAYSIA. SELAMAT DATANG DIUCAPKAN DAN BEKERJALAH DENGAN PENUH SEMANGAT DAN BERWIBAWA.
SAUDARA SAUDARI SEKELIAN
KRAFTANGAN MALAYSIA BAKAL MENGADAKAN HARI KELUARGA PADA 3 JULAI, HARI SABTU BERTEMPAT DI AGROTEK GARDEN RESORT HULU LANGAT, SELANGOR. SAYA MENYERU DAN BERHARAP AGAR SEMUA KAKITANGAN DAPAT BERSAMA-SAMA BERKUMPUL DAN MEMERIAHKAN HARI KELUARGA KRAFTANGAN MALAYSIA YANG DIADAKAN SETAHUN SEKALI, DISAMPING MEMUPUK SEMANGAT BEKERJASAMA DAN BERKENALAN SESAMA SENDIRI.
BULAN JUN JUGA MERUPAKAN BULAN CUTI SEKOLAH DAN RAMAI KAKITANGAN KRAFTANGAN MALAYSIA MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN. KEPADA YANG MENJADI RAJA SEHARI TAHNIAH DIUCAPKAN. BEGITU JUGALAH KEPADA ANGGOTA KERJA YANG MENERIMA MENANTU SEKALI LAGI TAHNIAH DIUCAPKAN.
SAUDARI SAUDARI SEKELIAN
SAYA INGIN MENYERU AGAR WARGA KRAFTANGAN MALAYSIA PERLU SENTIASA MENANAM DAN MENYUBURKAN SEMANGAT KERJA BERPASUKAN (TEAM BUILDING). KEJAYAAN SESUATU PROGRAM TIDAK HARUS DITONJOLKAN SEBAGAI KEJAYAAN INDIVIDU ATAU BAHAGIAN, SEBALIKNYA PERLU DIJELMAKAN SEBAGAI KEJAYAAN KRAFTANGAN MALAYSIA.
OLEH YANG DEMIKIAN SAMA-SAMALAH KITA BERGANDING BAHU MELAKSANAKAN TUGASAN SEHARIAN DAN AKTIVITI SECARA BERKUMPULAN AGAR SEMUANYA TERLAKSANA SECARA AMAN DAN HARMONI.
SEKIAN DAHULU UNTUK PERHIMPUNAN KALI INI DAN SELAMAT MENJALANKAN TUGAS.
WASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.
TERIMA KASIH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan