11 Jun 2010

UCAPAN SEMPENA MALAM MESRA MEDIA

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA

SYUKUR ALHAMDULILLAH KERANA KITA DAPAT BERKUMPUL BERSAMA-SAMA PADA MALAM INI BAGI MERAIKAN RAKAN-RAKAN MEDIA. SAYA JUGA MENGAMBIL KESEMPATAN INI MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERBAHAGIA DATUK WIRA KAMARUDDIN SIARAF, KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN KERANA DAPAT MELAPANGKAN MASA HADIR PADA MALAM INI. SAYA JUGA MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN MEDIA DAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKELIAN.

MAJLIS MESRA MEDIA INI DIADAKAN PADA MALAM INI UNTUK MERAIKAN DAN MENGHARGAI JASA-JASA YANG TELAH DISUMBANGKAN OLEH PIHAK MEDIA DALAM MEMBERIKAN PUBLISITI DAN HEBAHAN KE ATAS SETIAP AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN OLEH KRAFTANGAN MALAYSIA. DI SAMPING ITU JUGA, MAJLIS INI SEBAGAI MEDIUM UNTUK MENGERATKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM, BERKENAL-KENALAN, BERTUKAR–TUKAR FIKIRAN DAN MENGEMBANGKAN IDEA BAGI MENGENALPASTI PENDEKATAN–PENDEKATAN YANG LEBIH BERKESAN DALAM USAHA KRAFTANGAN MALAYSIA MEMARTABATKAN INDUSTRI KRAF NEGARA. TANPA BANTUAN DAN KERJASAMA RAKAN MEDIA SEGALA USAHA DAN AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN OLEH KRAFTANGAN MALAYSIA TIDAK SAMPAI KEPADA MASYARAKAT.

UNTUK MAKLUMAN YANG BERBAHAGIA DATUK WIRA DAN HADIRIN SEKALIAN, BAGI MENGERATKAN LAGI HUBUNGAN KRAFTANGAN MALAYSIA DAN RAKAN MEDIA, KRAFTANGAN MALAYSIA TELAH MENGADAKAN AKTIVITI PERTANDINGAN MEWARNA BATIK PADA BAJU T ATAU WALL HANGING DAN PERTANDINGAN FOTOGRAFI PADA 7 JUN 2010 YANG LALU. PERTANDINGAN MEWARNA BATIK TERBUKA KEPADA SEMUA RAKAN MEDIA MANAKALA PERTANDINGAN FOTOGRAFI TERBUKA KEPADA JURUGAMBAR MEDIA CETAK DAN JUGA MEDIA ELEKTRONIK. PERTANDINGAN INI TELAH MENDAPAT SAMBUTAN DIMANA SERAMAI 23 ORANG RAKAN MEDIA TELAH MENYERTAI AKTIVITI TERSEBUT. DENGAN CARA INI MEDIA BERPELUANG UNTUK MENCUBA SENDIRI CARA MENGHASILKAN BATIK. PARA PEMENANG AKAN DIUMUMKAN PADA MALAM INI.

RAKAN-RAKAN MEDIA TURUT MENYUMBANG KEPADA SETIAP KEJAYAAN YANG DICAPAI OLEH KEJAYAAN KRAFTANGAN MALAYSIA DALAM SETIAP AKTIVITI PROMOSI DILAKSANAKAN SEPANJANG TAHUN. KRAFTANGAN MALAYSIA SANGAT MENGHARGAI PERANAN MEDIA YANG SELAMA INI TELAH MEMBERIKAN KERJASAMA YANG BAIK DALAM MENYAMPAIKAN MAKLUMAT MASYARAKAT. SEGALA BANTUAN YANG DIBERIKAN OLEH PIHAK MEDIA AMATLAH KAMI HARGAI.

KRAFTANGAN MALAYSIA JUGA AMAT BERTERIMA KASIH KERANA MEDIA TURUT SAMA-SAMA DENGAN KRAFTANGAN MALAYSIA DALAM USAHA UNTUK MEMPROMOSI DAN MEMASARKAN PRODUK KRAF TEMPATAN DI PERINGKAT DOMESTIK DAN ANTARABANGSA. TANPA BANTUAN DAN KERJASAMA PIHAK MEDIA, SAYA YAKIN USAHA INI AKAN MENJADI SUKAR. BAGI KRAFTANGAN MALAYSIA, MEDIA PERLU MENYIARKAN LEBIH BANYAK LAGI MAKLUMAT-MAKLUMAT BERKAITAN PRODUK KRAF TEMPATAN SEPERTI HARGA YANG DITAWARKAN BERPATUTAN DAN KUALITI YANG SETANDING DENGAN PRODUK KRAF LUAR NEGARA. INI SECARA LANGSUNG DAPAT MENCETUSKAN RASA KECINTAAN MASYARAKAT UNTUK TERUS MEMBERI SOKONGAN DAN MENGGUNAKAN PRODUK KRAF TEMPATAN.
SAYA TIDAK BERHASRAT UNTUK BERCAKAP LEBIH LAMA LAGI KERANA SEBENTAR NANTI KITA AKAN MENYAKSIKAN RAKAN-RAKAN KITA MEMPAMERKAN BAKAT MASING-MASING DALAM PERTANDINGAN KARAOKE. SEBELUM SAYA MENGAKHIRI UCAPAN INI, SEKALI LAGI SAYA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERBAHAGIA DATUK WIRA KAMARUDDIN SIARAF, KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN KERANA DAPAT MELAPANGKAN MASA HADIR.

TIDAK LUPA JUGA RAKAN-RAKAN MEDIA DAN HADIRIN SEKALIAN YANG DAPAT BERSAMA-SAMA PADA MALAM INI. MUDAH-MUDAHAN HUBUNGAN ERAT BERSAMA RAKAN-RAKAN MEDIA YANG SEDIA TERJALIN AKAN TERUS BERKEKALAN.

SEKIAN, WABILLAHITAUFIK WALHIDAYAH WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH.

Tiada ulasan: