23 Jul 2013

SALAM NUZUL AL-QURAN 1434H



Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam Nuzul Al-Quran 1434H kepada seluruh umat Islam yang jatuh pada hari Jumaat, 26 Julai 2013 bersamaan 17 Ramadhan 1434H. Bersama-samalah kita menghayati dan mengambil iktibar dari peristiwa Nuzul Al-Quran ini. InsyaAllah...

Tiada ulasan: