12 Jul 2013

TANGGUNGJAWAB PEGAWAI AWAM DALAM MEMELIHARA INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM SEMASA MENGGUNAKAN MEDIA SOSIAL DI INTERNET







Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), melalui surat JPA.BK(S)223/8/2-3 Jld.4 (56) bertarikh 7 Jun 2013 telah mengingatkan pegawai awam supaya memelihara integriti perkhidmatan awam semasa menggunakan kemudahan media sosial di internet. Hal ini kerana Jabatan Perkhidmatan Awam telah menerima banyak maklum balas dan aduan mengenai penglibatan pegawai awam yang memberi pandangan negatif terhadap dasar Kerajaan dengan menggunakan media sosial seperti Facebook, Twitter, Youtube, Blog, WhatsApp dan pelbagai medium interaksi lain di internet. Peraturan-peraturan yang berkaitan juga turut dinyatakan dalam Surat KPPA yang di lampirkan.Peraturan-peraturan berkenaan adalah bertujuan mempertahankan prinsip neutrality dan impartiality dalam perkhidmatan awam. 

Oleh yang demikian, semua anggota kerja Kraftangan Malaysia hendaklah melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat tanpa bias kepada mana-mana pihak. Sebarang komen/pernyataan/isu yang menyentuh perkara-perkara yang boleh menjejaskan imej dan dasar Kerajaan, maklumat berbentuk fitnah, hasutan dan lucah atau cuba memprovokasikan sesuatu isu yang menyalahi peraturan dan undang-undang atau perkara yang menyentuh sensitiviti individu atau kumpulan tertentu boleh menimbulkan suasana yang tidak harmoni dan hendaklah dielakkan. 

Tiada ulasan: