Hilangnya seorang pemimpin yang sukar dicari ganti. Beliau dihormati dan disayangi oleh hampir semua lapisan masyarakat Islam di negara ini. Allahyarhan diberi nama Nik Abdul Aziz bin Nik Mat yang lebih mesra di sapa Tok Guru Nik Aziz telah kembali ke rahmatullah pada malam jumaat yang sangat indah 12 Februari 2015 bersamaan 22 Rabiulakhir 1436H jam 9.45 malam di kediamannya di Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan ketika usianya 84 tahun. Al-Fatihah dan salam takziah kepada seluruh keluarga allahyarham. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh . Al-Fatihah...
Negara juga kehilangan seorang lagi pengulas sukan terkenal negara, Dato Haji Hasbullah Awang, yang meninggal dunia pada usia 63 tahun pada 12 Februari 2015 (Khamis) jam 12.20 tgh di Institut Jantung Negara dipercayai akibat komplikasi jantung. Semoga rohnya dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh...Al-Fatihah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan