Tanggal 9 Februari 2015 (Isnin) bersamaan 19 Rabiulakhir 1436H telah diadakan Majlis Jasamu Dikenang khusus diadakan untuk meraikan anggota kerja Kraftangan Malaysia yang telah dan bakal meninggalkan Kraftangan Malaysia atau bersara iaitu:
BIL
|
NAMA
|
JAWATAN
|
TARIKH BERSARA
|
1
|
Tuan Haji
Shahrudin bin Mohd Nor
|
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan)
|
11.02.2015
|
2
|
Cik Hajah Latiffah
binti Ramli
|
Penolong Akauntan Gred W32
|
25.12.2014
|
3
|
Puan Hajah Rogayah
binti Mansor
|
Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N17
|
02.01.2015
|
Selamat Maju Jaya kepada mereka semua. Semoga mereka sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa di bawah lindungan-Nya..Amin...
" Dunia persaraan adalah fitrah perjalanan hidup
sebagai penjawat awam. Kita akan bersara apabila mencapai umur bersara umur
wajib bersara mengikut undang-undang iaitu 60 tahun atau jika ada perkara
berkaitan kesihatan yang memerlukan kita bersara awal. Walaupun usia bersara
ini dianggap sebagai penamat kerjaya tetapi persaraan bukan sebuah pengakhiran
untuk kita kerana persaraan itu hanyalah dalam konteks perkhidmatan sebagai
seorang penjawat awam. Persaraan yang dihadapi ini hanya melepaskan
seseorang penjawat awam dari peraturan dan ikatan sebagai penjawat awam.Pada
masa yang sama, kita juga perlu mengakui bahawa alam persaraan juga adalah masa
yang ditunggu-tunggu untuk merehatkan diri dan menenangkan fikiran setelah
berpuluh-puluh tahun bekerja dalam perkhidmatan awam. Persaraan menyediakan
ruang yang banyak dan kesempatan kepada kita untuk bersama-sama dengan keluarga
tercinta. Walau bagaimana pun saya fikir kesihatan merupakan perkara utama yang
perlu kita beri perhatian supaya kita dapat menikmati persaraan dengan lebih
bermakna. "
(Sumber : Petikan ucapan Ketua Pengarah sempena Majlis Jasamu Dikenang)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan