20 Mac 2015

TERIMA KASIH YB MENTERI MOTAC SEMPENA MAJLIS SIDANG MEDIA HKK 2015



TELUK YU, 18 MAC 2015 – Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia hari ini mengadakan Majlis Sidang Media Hari Kraf Kebangsaan 2015 yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan bertempat di Kompleks Kraf Langkawi.

Hadir sama ialah Yang Berbahagia Datuk Hj. Ab. Ghaffar A.Tambi, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta Yang Berbahagia Datuk Rashidi Hasbullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.


Turut hadir ialah Yang Berbahagia Dato’ Mohd Kamil Mohd Ali, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia dan Yang Berusaha Puan Hajah Zuraida Mokhtar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Kraftangan Malaysia serta Yang Berbahagia Datuk Haji Salsidu Haji Ibrahim, Ahli Lembaga Pengarah Kraftangan Malaysia.




Majlis Sidang Media Hari Kraf Kebangsaan ini diadakan bertujuan memaklumkan tentang penganjuran Hari Kraf Kebangsaan 2015 kali ke-13 yang bermula 26 Mac hingga 7 April dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay.

Hari Kraf Kebangsaan sekali lagi menjadi medan kepada para usahawan mengetengahkan produk kraf kebanggaan negara yang kini lebih komersil dan mampu menjana ekonomi usahawan pelbagai kaum yang lebih berdaya saing dengan konsep ‘Futuristik’.

Pelbagai aktiviti diadakan sempena sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2015 sebagai usaha mempromosi industri kraf yang boleh dimanfaatkan kepada pengusaha dan para pengunjung. 

Semua dijemput hadir untuk memeriahkan lagi HKK 2015.

Tiada ulasan: